Cara mencuci air kencing dengan betul

Pada zaman sekarang ini, sering diperhatikan orang-orang muda, terutamanya, kurang memberi perhatian dan kurang mengambil berat terhadap mencuci air kencing atau kotoran lain yang terdapat pada kemaluan (terutamanya wanita) sebelum mengerjakan solat. Ini dapat diperhatikan di surau-surau di kawasan-kawasan awam seperti di R & R, pusat membeli belah, kawasan rekreasi, atau tempat-tempat lain di mana sebahagiannya terus ambil wudhu dan solat tanpa memeriksa seluar dalam samaada terdapat kotoran atau tidak, walaupun sudah hampir satu hari seluar dalam tidak diganti, tak kan tak ada kotoran, seperti air mazi yang dianggap najis mutawassitah atau sisa air kencing yang melekat pada seluar dalam kan?

Janganlah kerana tidak mencuci air kencing yang najis dengan betul sebelum solat kita mendapat azab kubur seperti yang tersebut dalam hadis ini:

“Diriwayatkan daripada Ibnu Abas r.a. katanya: Ketika Rasulullah SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah, lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi SAW, “Kedua-duanya disiksa bukanlah kerana dosa besar’. Kemudian Nabi SAW melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing dan tidak bersuci sesudah itu dan seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan’. Sesudah itu Nabi SAW menyuruh ambil sebatang pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda, dan diletakkannya di atas kedua-dua kuburan itu masing-masing sepotong”. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah! mengapa anda lakukan itu?”. Jawab Nabi SAW, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering”. (Sahih Bukhari No. 149)

Mari kita kongsi artikel berikut untuk dijadikan panduan bagi mencuci air kencing yang betul bagi lelaki dan perempuan. Semoga bermanfaat kepada kita semua….

Cara cuci kencing dengan betul

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam

Oleh: Dr. Masitah Adam

Sumber: Email

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: