Awas wahai para isteri!!!

Kepada para isteri di luar sana, saya ingin berkongsi petua (diterima melalui email) yang boleh dijadikan panduan berguna untuk mengetahui yang suami anda sudah ada atau baru nak cuba-cuba ada “orang lain” dalam hidupnya. Perhatikan sama ada salah satu daripada kelakuan yang agak ganjil atau agak luar biasa (seperti yang tersenarai di bawah ini) terdapat pada suami anda, jika ada anda harus melakukan sesuatu yang rasional bagi menyelamatkan rumahtangga anda supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku, melainkan kalau anda redha untuk bermadu, tu lain cerita lah… kalau anda tidak percaya, tak mengapa, anggaplah ini sebagai pengetahuan semata-mata….

Minta maaf kepada para suami, jangan marah ye…. tujuan saya hanya untuk melihat rumahtangga anda semua tidak retak menanti belah. Biarlah panas hingga ke petang, janganlah hendaknya hujan di tengah hari.

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersamanya dan juga kekasih lamanya.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awaslah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragui! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2… haha, ini baru mula menjalin hubungan.

8. Suami mula pelupa!… fikirannya celaru dan asyik ingat girl friend dia, jadi banyak benda yang dia lupa.

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girl friendnya nak jumpa masa outstation! Biarpun girl friend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita… haha… ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka.

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?…. atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13. Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak.

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya.

Sumber: Email (Garfield jassmine)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: