Petua memilih ikan segar di pasar

Banyak ikan yang dijual di pasar basah atau pasar raya kelihatan segar, walaupun ikan itu agak lama. Jika di pasar basah atau pasar malam, biasanya ikan-ikan diawet dalam ais yang banyak, dan sesetengahnya dipercayai ikan-ikan import (terutamanya dari Thailand) di awet dengan formalin supaya ikan tahan lama dan tidak mudah busuk dalam temph yang agak lama. Di pasar-pasar raya pula, pencahayaan dengan lampu merah di rak jual ikan membuatkan ikan-ikan kelihatan segar dan masih merah. Oleh itu, kita jangan mudah tertipu dengan teknik perniagaan seperti ini.

Berikut dipaparkan teknik atau petua bagi memilih ikan yang segar, cuba perhatikan:

1. Mata ikan sepatutnya terbonjol keluar dari soket mata dan nampak segar, bukannya berwarna kelabu atau tertekan ke dalam.
2. Insang ikan sepatutnya berwarna merah darah yang segar, bukannya banyak lendir dan berwarna kehitaman.
3. Sisik ikan masih utuh melekat pada kulit dan tidak mudah tanggal.
4. Perut ikan sepatutnya melekat kuat pada tulang, bukannya lembik dan ikan pecah perut
5. Badan ikan tidak lembik dan daging ikan elastik apabila ditekan.
6. Kulit ikan sepatutnya berkilat dan basah segar, bukannya berwarna pudar, kelam dan kering.
7. Bau ikan tidak busuk, tetapi masih berbau ikan segar dari laut, serta tidak berbau formalin walaupun pada kadar yang rendah.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: