Kesan Viagra ke atas jantung

Umum mengetahui kenapa seseorang lelaki itu berminat untuk mengambil Viagra, terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk atau lemah tenaga batin, tapi ramai yang tidak tahu risiko yang mereka hadapi.

Banyak laporan yang menunjukkan terdapat kaitan antara Viagra dengan kesihatan jantung, dan tidak kurang juga yang membawa kepada kematian mengejut.

Kajian yang dilakukan di Itali baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan Viagra oleh pesakit jantung kronik atau pesakit lemah jantung boleh membawa kepada kematian mengejut. Ini disebabkan jantung mengalami ritma tak normal dan tidak berupaya mengepam darah ke seluruh badan.

Di kalangan lelaki normal yang tidak mempunyai masalah jantung pun, pengambilan Viagra boleh menganggu ritma jantung.

Viagra juga tidak boleh diambil bersama ubat yang mengandungi nitrat (nitroglycerin) kerana ia mendatangkan risiko tekanan darah rendah secara tiba-tiba yang sangat berbahaya.

Oleh itu, fikirlah banyak kali sebelum mengambil Viagra, walaupun diperlukan oleh sesetengah orang, tetapi risikonya adalah lebih tinggi.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: