Pesanan Luqmanul Hakim ~ Ambillah dunia sekadarnya

“Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
~ Pesanan Luqmanul Hakim

Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban ~ Dr Abd Basit

Semoga bermanfaat kepada kita semua jika diamalkan….


Panduan untuk kehidupan lebih baik ~ Randy Pausch

Saya ingin berkongsi tips berguna dan sangat praktikal jika diamalkan bagi menjalani kehidupan seharian kita yang penuh dengan ujian dan dugaan. Tips ini ditulis oleh Randy Pausch, seorang pensyarah Sains Komputer di Mellon University, sebelum ia meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat kanser pankreas pada tahun 2008. Nota “Panduan untuk hidup lebih baik” (Guide to a better life) ini ditulisnya untuk diamalkan oleh isterinya yang bernama Jai dan anak-anaknya yang bernama Dylan, Logan, dan Chloe. Nota ini akhirnya menjadi best seller pada tahun 2007.

Mari kita ikuti panduan dan tips sejagat yang beliau tinggalkan, bukan saja untuk familinya tetapi untuk kita semua. Semoga bermanfaat jika dihayati dan diamalkan….

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:

1. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.
2. Don’t have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don’t over do; keep your limits
4. Don’t take yourself so seriously; no one else does
5. Don’t waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don’t remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
10. Make peace with your past so it won’t spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

Sumber: Email (Neny Asrina Bt. Isa)

Today’s Quote

“Prayer is not a “spare wheel” that you pull out when in trouble,
but it is a “steering wheel” that directs the right path throughout.”
~ Anonymous

Hadis – Sunat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah)

Pada tahun ini 9 Zulhijjah 1433H jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012…. mari kita sama-sama berpuasa sunat!

“Dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.” (HR Muslim)

5 Ubat tahan sakit paling bahaya

Tidak semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan sakit, cubalah tahan…

Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan berkaitan ubat tahan sakit ini.

Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.

1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)

Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.

2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)

Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.

3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)

Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang berlebihan.

4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)

Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)

Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan kematian.

Sumber

%d bloggers like this: