Hadis Qudsi ~ Harta yang dibelanjakan akan ditambah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Belanjakanlah (hartamu), nescaya Aku akan menambah perbelanjaan kepadamu.” (Riwayat Ahmad)

Kacang hijau sebagai makanan kesihatan

Selain daripada rasanya yang sedap sebagai makanan (termasuk kueh, bubur, makanan lain), kacang hijau juga mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Sejak dulu kacang hijau dikenali sebagai makanan yang boleh menurunkan panas badan disebabkan demam, dapat menyiahtoksik dan melancarkan sistem penghadaman terutama bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit.

Banyak kajian dijalankan bagi mengkaji khasiat kacang hijau dari segi kesihatan. Selain daripada menjadi sumber protein, kacang hijau juga mengandungi vitamin A, B1 dan C, di samping pelbagai mineral seperti fosforus, ferum dan manganese.

Kenapa kacang hijau dikatakan makanan kesihatan?

1. Kolesterol

Jika makan kacang hijau setiap hari, kandungan kolesterol dapat dikurangkan manakala fiber larut meningkat. Diet yang mengandungi fiber larut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol kurang baik) dan menggalakkan pengeluaran reseptor LDL yang berfungsi membuang LDL berlebihan dalam darah. Bagi mengurangkan jumlah LDL, diet yang mengandungi 10-25g fiber larut sehari adalah disyorkan. Oleh itu, kacang hijau yang mengandungi fiber larut ini dapat membantu mencapai matlamat tersebut dengan tambahan beberapa fiber lain.

2. Kanser payudara

Kacang hijau mengandungi penghad protease bagi memperlahankan replikasi (gandaan) sel-sel kanser tertentu, termasuklah sel kanser payudara. Penghad protease juga berfungsi menghalang dan mencegah pembentukan sel tumor.

3. Selepas menopause (putus haid)

Kacang hijau mengandungi nutrien isoflavone bagi membantu mengawalatur aktiviti hormon. Isofalavone juga termasuk dalam kumpulan phytoestrogens dan kacang hijau adalah sumber phytoestrogens yang baik.

4. Diabetes

Kacang hijau adalah makanan yang mempunyai indeks glycemics yang rendah. Makanan mengandungi glycemics yang rendah menggalakkan paras gula dalam darah yang sihat dan jumlah lemak badan yang rendah berbanding dengan makanan mengandungi glycemics yang tinggi (seperti roti dan minuman bergas).

Kajian terkini menunjukkan kacang hijau juga mengurangkan paras glukos dalam darah, plasma C-peptide, glucagon dan nitrogen urea darah.

5. Protein

Kacang hijau mengandungi 3.16 g protein per cawan. Sebagai makanan berasaskan sayuran, kacang hijau mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang rendah yang sangat baik untuk kesihatan.

Sumber

Today’s Quote

“To insure good health: Eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.” ~ William Londen

%d bloggers like this: