Air laut bercahaya biru di Maldives

Ini adalah fenomena alam yang berlaku dari semasa ke semasa. Tiadalah Allah SWT menjadikan sesesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat….. wallahu a’lam.

Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives

Berita ini dipetik daripada Harian Metro 26 Oktober, 2012

Cahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil ‘bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut.

Today’s Quote

“Writing is the only profession where no one considers you ridiculous if you earn no money.” ~ Jules Renard

Pesanan Luqmanul Hakim

“Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang
tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
~ Pesanan Luqmanul Hakim

Kenapa bersin?

Kenapa kita perlu bersin?

Bersin merupakan satu daripada mekanisme dalam badan bagi membantu sistem imun melawan kuman. Selain itu, bersin juga membantu badan membersihkan hidung yang dipenuhi oleh bakteria dan virus. Oleh itu, semasa bersin kita perlu menutup hidung dan mulut supaya kuman yang keluar dari hidung dan mulut tidak terkena secara langsung pada orang di hadapan kita. Ini sangat bersesuaian dengan hadis yang berbunyi:

Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)

Secara saintifiknya, bersin terjadi disebabkan oleh beberapa saraf dirangsang oleh sesuatu yang meransangnya (stimulus) seperti habuk, bahan kimia tertentu, debunga, alergi kepada sesuatu benda, dan lain-lain, semasa kita jaga. Selalunya bersin tidak berlaku semasa tidur. Orang yang ada resdung pun sering bersin, terutamanya jika ada keadaan atau sesuatu yang merangsangnya.

Bersin selalunya kuat dan dapat melegakan kepala yang berat dan melegakan laluan hidung dalam.

Apa yang patut dilakukan jika bersin?

Mari kita amalkan seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)

Sumber

Tahukah anda?

Orang biasa yang memang guna tangan kanan, secara puratanya, hidup 9 tahun lebih lama daripada orang kidal….
Right handed people live, on average, nine years longer than left-handed people.

%d bloggers like this: