Ikan Daun Amerika Selatan (Monocirrhus polycanthus) yang unik

Ikan Daun Amerika Selatan atau Ikan Daun Amazon (Monocirrhus polycanthus) merupakan ikan yang unik terdapat di Sungai Amazon, Amerika Selatan kerana kebolehannya mengubah warna dan corak badannya menyerupai sehelai daun kering dengan tangkainya sekali. Ia merupakan antara ikan air tawar yang boleh meniru bentuk dan corak objek lain di sekelilingnya sebagai penyamaran. Ini membolehkannya menyuruk daripada ditangkap oleh pemangsa dan memudahkannya menangkap mangsa.

Ikan ini suka hidup dalam habitat air sungai yang cetek, berlumpur dan dipenuhi dengan tumbuhan air.

Sumber gambar

Bagaimanakah ikan Daun Amerika Selatan ini menangkap mangsanya?

Ikan Daun ini dikenali sebagai ikan karnivor (walaupun saiznya hanya 8 cm panjang) dengan memakan udang kecil, cacing, ikan kecil atau haiwan lain. Bagi mendapatkan mangsanya, ikan Daun ini mengubah warna badannya menyerupai sekeping daun kering dan bergerak seolah-olah dihanyutkan oleh arus sungai ke arah mangsa tersebut, walaupun sebenarnya ia bergerak menggunakan siripnya yang lutsinar (tiada warna). Apabila berhampiran dengan mangsa, ikan ini akan menerkam kepala mangsanya dengan pantas, dengan menggunakan mulutnya yang dijulurkan keluar membentuk satu tiub yang besar bagi menghisap dan menelan mangsanya.

Sumber gambar

Ikan Daun Amerika Selatan ini juga mempunyai tabiat pembiakan yang unik. Setelah induk betina mengeluarkan telur dan disenyawakan oleh sperma, induk jantan akan mengambil alih tugas menjaga telur-telur tersebut dengan mengipas-ngipas telur dengan sirip pektoralnya sehingga telur menetas selepas 60-90 jam disenyawakan. Anak-anak ikan Daun yang menetas akan hidup sendiri tanpa perlukan penjagaan rapi daripada kedua induk jantan dan betina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: