Jauhnya beza Rasulullah SAW dengan kita

Mari kita muhasabah diri…. bila lagi nak ikut sunnah???

Rasulullah SAW sikit makan, kita sikit-sikit makan…
Rasulullah SAW sikit tidur, kita sikit-sikit tidur…
Rasulullah SAW sikit cakap, kita sikit-sikit cakap…
Rasulullah SAW sikit marah, kita sikit-sikit marah…
Rasulullah SAW sikit dunia, kita sikit-sikit dunia…

Rasulullah SAW banyak amal, kita banyak angan-angan…
Rasulullah SAW banyak ibadat, kita banyak mengumpat…
Rasulullah SAW banyak pemurah, kita banyak pemeras…
Rasulullah SAW banyak kawan, kita banyak lawan…
Rasulullah SAW banyak fakta, kita banyak auta…
Rasulullah SAW banyak ingat mati, kita banyak lupa mati…
Rasulullah SAW menyatukan umat, kita berpecah-belah sesama umat…

Renung-renungkan!!!

Today’s Quote

“Actions speak louder than words.” ~ Abraham Lincoln (1809-1865)

Hadis Qudsi ~ Puasa benteng api neraka

Berkata Basyir bin Al-Khashashiyah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Puasa itu adalah benteng dari api neraka. Puasa itu juga bagiKu, dan Aku akan membalasnya sendiri. Dia telah meninggalkan hawa nafsunya dan makan minumnya kerana Aku. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.” (Riwayat Baghawi)

Mengenal kanser prostat

Sejak kebelakangan ini semakin ramai orang lelaki yang mendapat kanser prostat, terutamanya di kalangan mereka yang berumur lebih 50 tahun. Lebih 65% lelaki yang mengidap kanser prostat ini berumur lebih 65 tahun. Kanser prostat ini selalunya tidak diketahui sehinggalah ia berada pada tahap akhir yang membahayakan. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian kanser ini dapat disembuhkan adalah besar iaitu pada kadar 90% kerana ia belum merebak ke bahagian/organ lain. Oleh itu pengesanan dan rawatan awal kanser ini amat penting.

Kelenjar Prostat

Prostat ialah kelenjar yang terdapat di dalam sistem pembiakan lelaki, terletak betul-betul di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Kelenjar ini mengelilingi uretra (saluran di antara pundi kencing dan liang di mana air kencing dikeluarkan).

Fungsi utama kelenjar prostat ialah menghasilkan bendalir seminal beralkali yang berwarna putih susu (air mani) bagi membantu sperma yang terkandung di dalamnya dapat hidup lebih lama, dengan cara meneutralkan persekitaran asidik faraj perempuan semasa berlakunya persetubuhan.

Selain itu, kelenjar prostat juga mengandungi enzim (5-alpha- reductase) yang berfungsi menukar hormon testosterone kepada DHT (dihdrotestesterone). Hormon ini lebih kuat daripada testesterone dan ia berfungsi bagi ransangan seksual dan fungsi lain bagi alat jantina lelaki.

Apa itu kanser Prostat?

Kanser prostat ialah pembentukan dan pertumbuhan sel kanser (malignant) di dalam tisu prostat.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menunjukkan simptom (tanda) tertentu, cuma pengidapnya akan mengalami:

1. Sukar kencing atau sukar berhentikan air kencing.
2. Kencing tak puas.
3. Sakit atau rasa panas semasa keluar air kencing atau air mani, terutamanya pada waktu malam.
4. Kerap kencing tapi aliran air kencing perlahan.
5. Darah dalam air kencing atau air mani.
6. Sakit semasa buang air besar.
7. Sesetengahnya mengalami masalah sembelit.

Jika terdapat tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa doktor. Jika tidak dirawat segera, kanser ini akan berkembang sehingga ke peringkat akhir dan merebak ke tulang.

Kanser prostat peringkat akhir akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

1. Sakit tulang belakang di bahagian bawah dan tulang pinggul (pelvis), kemungkinan sel kanser telah merebak ke tulang. Jika telah merebak ke tulang, pesakit akan menunjukkan tanda sukar bergerak walaupun hendak melakukan pergerakan yang mudah. Juga sakit di tulang rusuk, abdomen dan paha.
2. Hilang selera makan dan turun berat badan, rasa mual atau muntah selalu.
3. Anemia (kurang sel darah merah).
4. Selalu demam.
5. Badan kelesuan.
6. Bengkak kaki dan di hujung-hujung jari kaki.
7. Lemah atau lumpuh di bahagian kaki.
8. Kulit gatal-gatal.

Cara Rawatan

Kanser prostat peringkat awal boleh disahkan dengan kaedah biopsi jarum halus. Kanser prostat peringkat akhir pula didiagnosis dengan ujian darah dan pemeriksaan rektum. X-ray pundi kencing dan tulang juga digunakan bagi menentukan sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain badan atau belum. Selain itu, diagnosis juga dilakukan dengan CT scanning dan magnetic resonance Imaging (MRI).

Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap kanser tersebut.

Sumber 1, Sumber 2

Tahukah anda?

Orang bermata biru boleh melihat lebih baik dalam gelap.
People with blue eyes see better in dark.

Hikmat Al-Fatihah ~ Mendapat zuriat

Sesiapa yang mandul dan tidak dapat anak sejak kahwin, tetapi teringin hendakkan zuriat sendiri, maka amalkanlah Surah Al-Fatihah mengikut peraturan berikut:

Baca Al-Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang daripada jumlah tersebut. Bacalah pada waktu antara solat sunat dan solat fardhu Subuh. Insya Allah, ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

Petikan buku: Hikmat Al-Fatihah (Ali Zulfaqar)

Today’s Quote

“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow.” ~ Chinese Proverbs

%d bloggers like this: