Hadis ~ Kelebihan puasa bulan Muharam

“Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan, apabila Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari tersebut. Mereka menjawab, “10 Muharam adalah hari berlakunya peristiwa besar di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya serta melemaskan Firaun dan pengikutnya. Musa telah berpuasa pada hari ini (10 Muharam) sebagai tanda bersyukur, maka kami pun ikut berpuasa.”

Mendengar jawapan itu, Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Maka kita (umat Islam) lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kamu (orang Yahudi).”

Ibnu ‘Abbas menambah, maka Nabi s.a.w. berpuasa dan menyuruh umat Islam berpuasa.” (HR Bukhari dan Muslim)


“Daripada Abi Qatadah r.a., seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w. mengenai puasa hari ‘Asyura. Baginda s.a.w. menjawab (maksudnya): “Sesungguhnya aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dosa satu tahun yang sebelumnya.” (HR Muslim)


Daripada ar-Rabi’ binti Mu’awwiz , Rasulullah s.a.w. menghantar utusan ke kampung-kampung orang Ansar di sekitar Madinah supaya menyampaikan pesanannya: “Sesiapa yang bangun pagi dengan niat berpuasa pada hari ini (10 Muharam), hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Dan sesiapa yang bangun pagi tidak berpuasa, maka teruskanlah.” Ar-Rabi’ berkata: “Selepas itu kami sentiasa berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa. Kami membawa mereka ke masjid dengan membawa bersama permainan daripada bulu. Apabila mereka menangis meminta makanan, kami beri mereka permainan untuk melekakan mereka sehinggalah tiba waktu berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)


“Ibnu ‘Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Hendaklah kamu berbeza dengan Yahudi. Berpuasalah satu hari sebelumnya atau satu hari selepasnya.” (HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah)


“Qatadah r.a. iaitu ketika seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w. mengenai puasa hari ‘Asyura, baginda sallallahu alaihi wasallam menjawab (maksudnya): “Sesungguhnya aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dosa satu tahun yang sebelumnya.” (HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s