Tips elakkan jatuh dan patah tulang

Penyakit tulang rapuh atau osteoporosis merupakan fenomena biasa di kalangan warga emas atau yang telah berumur, terutamanya wanita. Namun begitu, osteoporosis juga biasa terjadi di kalangan orang lelaki dan orang yang masih muda.

Tulang yang rapuh sudah tentu berisiko tinggi dan mudah retak atau patah walaupun jatuh sedikit. Retak atau patah tulang di kalangan pengidap osteoporosis selalunya berlaku pada tulang belakang, tulang pinggul, pergelangan tangan atau pergelangan kaki. Patah pada tulang belakang adalah yang paling sakit. Oleh itu, cubalah elakkan jatuh dan patah tulang, terutamanya di kalangan warga tua kerana proses penyembuhannya sangat perlahan berbanding dengan orang muda atau kanak-kanak.

Berikut dipanjangkan beberapa tips atau petua bagi mengelakkan jatuh dan patah tulang dalam kehidupan seharian:

1. Senaman tanpa banyak bergerak

Sebagai pengidap osteoporosis, senaman juga adalah perlu bagi mengelakkan sendi-sendi menjadi ketat, kebolehlenturan (fleksibiliti) tulang dan otot, meningkatkan kekuatan tulang serta memperbaiki keseimbangan badan. Namun begitu pilihlah senaman yang tidak banyak bergerak bagi menghindari jatuh dan patah tulang. Lakukanlah aktiviti fizikal yang ringan seperti berjalan, tai chi atau berenang kerana aktiviti-aktiviti ini kurang membengkok dan memusingkan badan (tidak seperti golf) atau berisiko tinggi untuk jatuh (seperti meluncur ais – skiing).

2. Tidak mengambil ubat yang menyebabkan pening kepala

Jika mengidap sesuatu penyakit yang perlu selalu makan ubat, pastikan ubat yang diambil itu tidak menyebabkan pening kepala atau kepala pusing. Jika ubat yang diberi boleh menyebabkan pening kepala atau badan tidak seimbang, berbincanglah dengan doktor bagi menukar ubat atau mengurangkan dos ubat yang diberi. Masalah penglihatan dan pendengaran juga berpotensi mengganggu keseimbangan badan.

3. Melangkah dengan berhati-hati

Berhati-hati melangkah semasa berjalan di dalam atau di luar rumah supaya kaki tidak tersedong atau tergelincir yang boleh menyebabkan jatuh. Pastikan lantai rumah atau bilik air tidak licin. Jika perlu, gunakan karpet dalam rumah atau alas plastik atau getah yang tidak licin dalam bilik air bagi mengelakkan kaki tergelincir. Berhati-hati juga semasa melangkah di tanah yang tidak rata, tunggul atau akar kayu, longkang, dsb. semasa berada di luar rumah supaya kaki tidak tersedong dan jatuh.

4. Pakai kasut atau selipar yang tapaknya tidak licin

Bagi mengelakkan tergelincir disebabkan lantai atau permukaan yang licin, pakailah kasut atau selipar yang tapaknya tidak licin dan dapat ‘memegang’ permukaan yang dipijak sama ada di dalam atau di luar rumah. Selain itu, jangan pakai kasut atau selipar yang terlalu longgar (mungkin sudah terlalu lusuh) kerana ini juga boleh menyebabkan jatuh jika tidak betul langkahnya. Elakkan berjalan tanpa kasut atau memaki stokin saja.

5. Bersihkan kawasan laluan dalam rumah

Bersihkan ruang yang menjadi tempat laluan biasa dalam rumah dengan menyusun perabot supaya ada laluan selesa bagi berjalan dan kaki tidak tersangkut dengan barangan dalam rumah. Buang halangan seperti kotak, wayar yang berselirat, bangku, pasu bunga, surat khabar lama, dan lain-lain dengan menyusunnya di tempat yang sesuai.

6. Bangun dengan perlahan

Bangunlah perlahan-lahan terutamanya semasa bangun tidur di atas katil atau bangun dari duduk atas kerusi supaya tidak jatuh. Ambil masa dan tidak perlu tergopoh-gapah semasa bangun, pastikan badan seimbang semasa bangun.

7. Gunakan peralatan keselamatan supaya tidak tergelincir atau terjatuh

Sebaik-baiknya gunakan peralatan keselamatan, seperti tikar atau alas lantai getah yang melekap di lantai, terutamanya di dalam bilik air, pasang pemegang tangan di kiri dan kanan tangga, dan sebagainya. Jika rasa badan tidak seimbang, gunakan tongkat semasa berjalan.

8. Buka lampu

Pastikan bilik air atau dalam rumah terang, terutamanya pada waktu malam, dengan memasang lampu yang terang. Jika gunakan lampu yang malap dalam rumah, terutamanya dalam bilik air, akan mengundang risiko untuk terlanggar benda-benda di situ yang boleh menyebabkan jatuh. Pada waktu siang, buka langsir supaya lebih banyak cahaya masuk.

9. Berhati-hati dengan haiwan peliharaan dalam rumah

Bagi yang memelihara haiwan peliharaan dalam rumah, pastikan haiwan peliharaan ini tidak menghalang laluan tanpa disedari, seperti kucing yang datang tiba-tiba menggesel di kaki semasa anda melangkah, yang mana boleh menyebabkan jatuh.

10. Jangan ambil minuman keras (arak)

Minuman keras (alkohol) memang dilarang kerana ia menyebabkan mabuk dan orang mabuk pula kakinya tidak stabil dan badan tidak seimbang yang menyebabkannya mudah jatuh.

Minuman alkohol yang berlebihan pula akan merosakkan kesihatan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan kalsium ke dalam tulang yang akhirnya menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Oleh itu, gantikan dengan minum susu rendah lemak, jus yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin sebagai sumber kalsium harian.

11. Tukar cermin mata

Bagi warga emas yang menggunakan cermin mata bifokus atau trifokus boleh menyebabkan kesukaran bagi melihat lurus di hadapannya. Jika berjalan atau melakukan aktiviti fizikal lain di rumah, elakkan memakai cermin mata seperti ini bagi mengelakkan terjatuh atau tersilap langkah. Jika perlu tukar cermin mata.

12. Belajar teknik untuk jatuh

Risiko patah tulang yang teruk dapat dihindari jika kita tahu teknik untuk jatuh, terutamanya jika jatuh yang tidak dapat dielakkan. Semasa tergelincir dan tidak sempat memegang atau berpaut pada apa-apa objek yang berdekatan sebelum jatuh, cuba seboleh-bolehnya seimbangkan badan. Jika terpaksa juga jatuh, cuba gulingkan badan dan pastikan tidak jatuh ‘berdebuk’ atau ‘terhenyak’ atas tulang pinggul dan tulang belakang bawah.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: