Kesan dan akibat stres

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stres merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita.

Secara amnya, stres (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stres akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang).

Stres akut (stres jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stres ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stres tersebut, tempoh stres yang dialami, dan cara individu menangani stres tersebut. Stres jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stres tersebut dapat ditangani dengan baik. Stres jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal.

Stres kronik (stres jangka panjang) ini selalunya dialami oleh orang yang stres berpanjangan atau dalam tempoh yang lama. Stres seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah yang berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah teruk.

Apakah akibat atau kesan stres kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?

Kesan stres jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di antaranya:

* Denyutan jantung yang cepat
* Sakit kepala/migrain
* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu
* Sakit belakang
* Bernafas cepat
* Badan dan tapak tangan berpeluh
* Sakit perut, mual atau cirit birit

Jika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:

1. Sistem imun

Stres menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Namun begitu, sedikit stres ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stres yang berpanjangan pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka, dan lain-lain serta menyebabkan penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.

2. Jantung (Kardio-vaskular)

Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung, dan jantung gagal berfungsi.

Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah pun naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.

3. Otot

Ketegangan stres yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit belakang bawah. Otot terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan sakit kepala, di bahu dan di belakang. Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk.

4. Sistem penghadaman

Stres menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah teruk. Stres juga akan menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

5. Organ pembiakan

Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami senggugut semasa haid. Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.

6. Sistem pernafasan

Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stres, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.

7. Sistem saraf

Apabila stres, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).

8. Sistem endokrina

Hormon stres akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.

9. Kulit

Stres menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada menjadi semakin teruk.

Di antara kesan stres ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:

1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun masalah yang kecil saja.

2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.

3. Rasa letih sepanjang masa.

4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.

5. Mudah dan terlalu risau walaupun perkara-perkara kecil.

6. Rasa cemas kerana terasa-rasa ada kerja yang belum sempat diselesaikan.

7. Sering berimaginasi perkara-perkara buruk akan berlaku.

Rujukan

One Response

  1. […] ini tidak ditangani dengan baik boleh membawa kesan yang tidak elok kepada kita. Just klik sahaja entri ini untuk penjelasan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: