13 Cara menghindari risiko kanser

Mengikut hasil kajian Thomas A. Seller dari Pusat Kanser Moffitt, Tampa, USA, 70% daripada penyebab kanser yang diketahui boleh dihindari kerana ia berkait rapat dengan gaya hidup, seperti diet, senaman dan rokok.

Daripada pelbagai hasil kajian, terdapat 13 cara atau strategi yang boleh diamalkan sebagi langkah pencegahan daripada risiko mendapat kanser, iaitu:

1. Tapis air minum

Menapis air paip di rumah dapat mengurangkan pengambilan bahan karsinogen dan bahan kimia pengganggu hormon yang kemungkinan besar banyak terlarut dalam air paip. Air tapis lebih selamat dan berkualiti berbanding air minum dibotolkan yang jual dikedai. Sebaik-baiknya air minum disimpan dalam bekas logam tanpa karat (stainless steel) atau gelas, tapi jangan simpan air minum dalam bekas atau botol plastik kerana dikhuatiri bahan kimia berbahaya seperti BPA terhakis atau larut daripada botol plastik tersebut.

2. Jangan isi minyak petrol di stesen minyak

Gas yang bebas ke udara selepas mengisi minyak ke dalam tangki mengandungi bahan kimia toksik seperti benzene penyebab kanser. Apabila terhidu atau terkena kulit, ia boleh masuk terus ke dalam paru-paru. Malangnya, perkara ini agak sukar dielakkan kerana kebanyakan stesen minyak adalah layan diri, jadi kita terpaksa mengisi minyak petrol sendiri.

3. Perap daging dengan rempah ratus sebelum dipanggang atau dibakar

Daging diproses, daging panggang atau daging bakar yang hitam mengandungi heterocyckic amines (HCA) dan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) yang menjadi penyebab kanser. HCA meningkatkan faktor risiko bagi kanser kolorektal, perut, paru-paru, pankreas, payudara dan prostat. Heterocyclic amines penyebab kanser terbentuk apabila daging dibakar, dipanggang atau dibarbecue pada suhu yang tinggi, manakala polycyclic aromatic hydrocarbon penyebab kanser terbentuk apabila daging dipanggang/dibakar atas arang batu.

Namun begitu, perkara ini boleh diatasi dengan memerap daging dengan bahan-bahan rempah ratus biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dipanggang/dibakar. Antioksidan yang terdapat dalam rempah-ratus ini dapat mengurangakn HCA sebanyak 78% seperti yang dilaporkan oleh penyelidik dari Kansas State University, USA.

4. Minuman berkafein setiap hari

Kajian juga menunjukkan orang yang minum kopi berkafein 5 cawan atau lebih sehari dapat mengurangkan risiko kanser otak sebanyak 40% dan juga kanser farink serta mulut. Dipercayai juga kopi lebih baik daripada teh bagi menghindari kanser.

5. Banyak minum air kosong

Minum banyak air kosong atau minuman lain dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing kerana air dapat mencairkan kepekatan sebatian penyebab kanser dalam air kencing selain daripada membantu pundi kencing mengeluarkan air kencing dengan cepat kerana ia cepat penuh dan perlu dikeluarkan. Dicadangkan supaya kita minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari.

6. Makan sayuran hijau

Makan sayuran yang hijau pekat adalah lebih baik kerana ia mengandungi lebih banyak klorofil dan magnesium yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Magnesium mempengaruhi fungsi isyarat kepada sel untuk membahagi, di mana jika jumlah magnesium kurang, kemungkinan sel-sel membahagi tanpa kawalan, maka jadilah kanser.

Contoh: 1/2 cawan bayam dimasak mengandungi 75 mg magnesium iaitu 20% daripada keperluan harian.

7. Brazil nut sebagai makanan ringan

Brazil nut adalah sumber selenium iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing pada wanita. Kajian juga menunjukkan orang yang mempunyai kandungan selenium yang tinggi dalam darah mempunyai kadar kematian berpunca daripada kanser paru-paru dan kolorektum yang rendah. Ini disebabkan selenium melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas, meningkatkan fungsi imun dan membantutkan pembentukan salur darah yang membekalkan tumor kanser.

8. Hindari faktor risiko kanser payudara

Senaman sederhana, seperti jalan cepat selama 2 jam seminggu dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 18%. Jika dilakukan senaman ini secara berterusan, ia dapat membantu membakar lemak yang akhirnya mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

9. Mengetahui densiti (isipadu) payudara

Densiti payudara dapat diketahui setelah menjalani mamogram. Jika bacaan skor densiti payudara 75% atau lebih, risiko mendapat kanser payudara adalah 4 hingga 5 kali ganda daripada wanita yang mempunyai skor densiti payudara yang rendah. Densiti payudara menjadi tinggi disebabkan oleh paras estrogen yang tinggi. Oleh itu, mengurangkan lemak badan melalui senaman adalah penting bagi mengurangkan faktor risiko kanser dan membberi isyarat kepada protein (seperti adipokines) dan hormon (seperti insulin) memberhentikan proses menggalakkan kanser dalam sel.

10. Hindari kerja dry cleaning menggunakan peluntur perc (perchloroethylene)

Hasil kajian menunjukkan pekerja dry cleaning yang menggunakan bahan peluntur perc (perchloroethylene) adalah berisiko tinggi mendapat kanser hati, ginjal dan leukimia. Oleh itu, jika perlu juga dry cleaning pakaian, carilah kedai dry cleaning yang tidak menggunakan perc. Alternatif lain ialah basuh kain yang lembut (seperti sutera asli) dengan tangan, sabun mandi, atau sidai sahaja. Jika ada tompok kotor pada pakaian, sental tempat yang ada kotoran itu dengan cuka makan untuk menghilangkannya.

11. Jauhi risiko kesan telefon bimbit atau telefon pintar

Gunakan telefon bimbit untuk bercakap sekejap sahaja dan lebihkan guna pesanan ringkas (sms). Jika perlu bercakap lama, gunakan alatan hand-free yang jauh dari kepala. Ini kerana gelombang radio dari telefon bimbit meningkatkan risiko kanser otak (walaupun perkara ini kerap dinafikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi).

12. Gunakan pakaian berwarna di bawah sinar matahari

Jika keluar rumah, pilihlah pakaian berwarna-warni bagi melindungi kulit daripada risiko kanser kulit. Pakaian berwarna biru atau merah dapat melindungi kulit daripada sinar UV lebih baik daripada pakaian berwarna putih atau kuning.

13. Ambil makanan yang berkhasiat

Di antara makanan yang berkhasiat yang dicadangkan termasuklah:

a. Makan daging atau ayam yang tidak pernah diberi antibiotik dan hormon tambahan kerana ini akan menyebabkan masalah sistem endokrina, termasuk juga kanser.

b. Makan sayuran dan buah-buahan yang ditanam tanpa menggunakan racun makhluk perosak. Sekurang-kurangnya terdapat 40 jenis karsinogen dalam racun makhluk perosak.

c. Makan banyak buah-buahan dan sayuran dari pelbagai jenis.

d. Pilih makanan yang dikenali dapat melawan kanser, contohnya:

* Beta carotene – keledek merah mengandungi beta-carotene 2 kali ganda lebih daripada lobak merah.

Keledek merah (gambar)

* Beta-cryptoxanthin – 1 hidangan betik mengandungi beta-cryptoxanthin 11 kali ganda lebih daripada oren segar, dan 6 kali ganda lebih daripada secawan jus oren.

Betik (gambar)

* Lutein/zeaxanthin – Kale yang dimasak mengandungi lutein/zeaxanthin 7 kali ganda lebih daripada bayam segar.

Kale (gambar)

* Ellagic acidraspberry segar mengandungi ellagic acid 3 kali ganda lebih daripada strawberry.

Raspberry (gambar)

* Glucosinolates – 1/2 cawan brussel sprout mengandungi glucosinolates (sebatian melawan kanser) 4 kali ganda lebih daripada 1/2 cawan broccoli.

Brussel sprouts (gambar)

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: