Mengenal kanser prostat

Sejak kebelakangan ini semakin ramai orang lelaki yang mendapat kanser prostat, terutamanya di kalangan mereka yang berumur lebih 50 tahun. Lebih 65% lelaki yang mengidap kanser prostat ini berumur lebih 65 tahun. Kanser prostat ini selalunya tidak diketahui sehinggalah ia berada pada tahap akhir yang membahayakan. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian kanser ini dapat disembuhkan adalah besar iaitu pada kadar 90% kerana ia belum merebak ke bahagian/organ lain. Oleh itu pengesanan dan rawatan awal kanser ini amat penting.

Kelenjar Prostat

Prostat ialah kelenjar yang terdapat di dalam sistem pembiakan lelaki, terletak betul-betul di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Kelenjar ini mengelilingi uretra (saluran di antara pundi kencing dan liang di mana air kencing dikeluarkan).

Fungsi utama kelenjar prostat ialah menghasilkan bendalir seminal beralkali yang berwarna putih susu (air mani) bagi membantu sperma yang terkandung di dalamnya dapat hidup lebih lama, dengan cara meneutralkan persekitaran asidik faraj perempuan semasa berlakunya persetubuhan.

Selain itu, kelenjar prostat juga mengandungi enzim (5-alpha- reductase) yang berfungsi menukar hormon testosterone kepada DHT (dihdrotestesterone). Hormon ini lebih kuat daripada testesterone dan ia berfungsi bagi ransangan seksual dan fungsi lain bagi alat jantina lelaki.

Apa itu kanser Prostat?

Kanser prostat ialah pembentukan dan pertumbuhan sel kanser (malignant) di dalam tisu prostat.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menunjukkan simptom (tanda) tertentu, cuma pengidapnya akan mengalami:

1. Sukar kencing atau sukar berhentikan air kencing.
2. Kencing tak puas.
3. Sakit atau rasa panas semasa keluar air kencing atau air mani, terutamanya pada waktu malam.
4. Kerap kencing tapi aliran air kencing perlahan.
5. Darah dalam air kencing atau air mani.
6. Sakit semasa buang air besar.
7. Sesetengahnya mengalami masalah sembelit.

Jika terdapat tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa doktor. Jika tidak dirawat segera, kanser ini akan berkembang sehingga ke peringkat akhir dan merebak ke tulang.

Kanser prostat peringkat akhir akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

1. Sakit tulang belakang di bahagian bawah dan tulang pinggul (pelvis), kemungkinan sel kanser telah merebak ke tulang. Jika telah merebak ke tulang, pesakit akan menunjukkan tanda sukar bergerak walaupun hendak melakukan pergerakan yang mudah. Juga sakit di tulang rusuk, abdomen dan paha.
2. Hilang selera makan dan turun berat badan, rasa mual atau muntah selalu.
3. Anemia (kurang sel darah merah).
4. Selalu demam.
5. Badan kelesuan.
6. Bengkak kaki dan di hujung-hujung jari kaki.
7. Lemah atau lumpuh di bahagian kaki.
8. Kulit gatal-gatal.

Cara Rawatan

Kanser prostat peringkat awal boleh disahkan dengan kaedah biopsi jarum halus. Kanser prostat peringkat akhir pula didiagnosis dengan ujian darah dan pemeriksaan rektum. X-ray pundi kencing dan tulang juga digunakan bagi menentukan sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain badan atau belum. Selain itu, diagnosis juga dilakukan dengan CT scanning dan magnetic resonance Imaging (MRI).

Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap kanser tersebut.

Sumber 1, Sumber 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: