Kelebihan tidur dalam gelap

Gelap (ketiadaan cahaya) akan merangsang pengeluaran hormon melatonin daripada prekursornya iaitu neurotransmitter serotonin. Seperti serotonin, melatonin juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental kita.

Bagaimanakah melatonin dihasilkan?

Apabila cahaya memasuki mata, sel fotoreseptor akan menukarkannya kepada impuls saraf dan dibawa melalui saraf optik ke otak untuk diproses bagi menghasilkan penglihatan. Di dalam otak, kelenjar (jasad) pineal mengawalatur pengeluaran melatonin.

Semasa siang hari, pengeluaran melatonin berada pada paras minimum, dan kandungan melatonin dalam darah juga adalah paling rendah. Sebaliknya, persekitaran gelap merangsang perubahab biokimia bagi meningkatkan pengeluaran melatonin dengan mendadak selepas 2 jam. Pada masa inilah kita berasa mengantuk, yang ini memberi isyarat masa untuk tidur dan merehatkan badan. Puncak pengeluaran melatonin adalah pada waktu malam dan menurun pada waktu pagi. Oleh itu, tidur dalam gelap (tanpa membuka lampu) amat digalakkan bagi membolehkan badan kita mengekalkan paras melatonin yang secukupnya sepanjang malam.

room-a-bit-dark

Namun begitu, penghasilan melatonin akan berkurangan apabila umur semakin meningkat tua. Ini menyebabkan kebanyakan orang tua mempunyai masalah susah hendak tidur (insomnia), sukar tidur lena, mudah terjaga di tengah malam, dan sukar tidur semula selepas terjaga tengah malam.

Kenapa kita perlukan melatonin yang secukupnya?

Melatonin adalah penting bagi tubuh kita kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawalatur fisiologi badan bagi menjaga kesihatan fizikal dan minda. Di antara fungsi melatonin ialah:

1. Mengawalatur tidur dan meningkatkan daya ingatan

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen melatonin dengan dos 0.3 hingga 5.0 mg/hari dapat membantu tidur yang berkualiti (tidur lena). Ini bergantung kepada keperluan melatonin masing-masing. Sebaik-baiknya ambil suplemen melatonin ini 30 minit sebelum tidur supaya apabila kita tidur, suplemen ini telah dihadamkan dan mula berfungsi.

Pada amnya, terdapat kaitan rapat antara kekurangan melatonin dengan penyakit Alzheimer, dan melatonin juga dapat memperbaiki daya ingatan serta fungsi kognitif yang lain. Melatonin berupaya menghindari kerosakan otak dengan cara melindungi sel otak daripada mati.

2. Membantutkan pertumbuhan tumor kanser

Secara amnya, wanita buta mempunyai paras melatonin yang tinggi dan didapati risiko mendapat kanser payudara sangat rendah. Sebaliknya, wanita yang selalu bekerja sehingga larut malam atau selalu giliran bekerja malam, di mana mereka terdedah kepada cahaya lampu yang terang pada waktu malam dalam tempoh yang lama, berisiko mendapat kanser payudara 50% lebih tinggi berbanding wanita bekerja yang lain (kerja biasa pada waktu siang).

Justeru, jelas terdapat kaitan rapat antara kekurangan melatonin (disebabkan terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu malam) dengan risiko mendapat kanser payu dara.

3. Memperbaiki sistem imun badan.

4. Mengawalatur tekanan darah.

5. Fisiologi retina.

6. Mengawal mood dan kelakuan

7. Sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas dalam badan.

8. Mengawal proses penuaan. Kekurangan melatonin akan mempercepatkan proses penuaan.

Oleh kerana terdapat perkaitan rapat antara pengeluaran melatonin, di mana pengeluaran melatonin sangat kurang dalam cahaya terang, sebaik-baiknya kita elakkanlah penggunaan lampu yang terang dalam jangkamasa yang lama pada waktu malam (seperti semasa tidur malam). Ini bagi membolehkan melatonin menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Rujukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: