Hilang deria pendengaran dan rawatan

Deria pendengaran adalah anugerah Allah SWT yang sangat berharga, tapi ada segelintir yang tidak dapat nikmat mendengar dengan baik atau tidak dapat mendengar langsung (pekak) sejak dilahirkan atau hanya terjadi apabila umur telah menjangkau tua. Ada juga yang mengalami hilang deria pendengaran ini semasa muda disebabkan oleh kecederaan atau struktur dalam telinga sendiri.

Apakah yang dimaksudkan dengan hilang deria pendengaran yang serius?

Keadaan ini terjadi apabila seseorang itu tidak boleh mendengar percakapan orang lain tanpa ada alat bantu dengar.

Terdapat 2 jenis keadaan hilang pendengaran, di antaranya:

hearing_types

1. Hilang pendengaran Konduktif

Ini terjadi apabila telinga luar atau telinga tengah tidak berupaya untuk menghantar bunyi ke telinga dalam. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh tahi telinga yang berlebihan, cecair dalam telinga terlalu banyak, atau struktur telinga yang tak normal. Rawatan perubatan atau pembedahan mungkin boleh mengembalikan semula pendengaran.

2. Hilang pendengaran Sensorineural

Ini merupakan masalah berkaitan dengan telinga dalam atau saraf auditori. Selalunya sel rambut di telinga dalam yang mengesan bunyi adalah tak normal atau rosak. Hilang pendengaran ini adalah kekal. Namun begitu, alat bantu dengar biasanya digunakan bagi membolehkan pesakit ini mendengar.

Apabila seseorang itu berasa yang pendengarannya ada masalah dan sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, ia terlebih dahulu perlu tahu sebab hilangnya pendengaran tersebut.

Di antara langkah yang perlu diambil sebelum mendapatkan rawatan ialah:

1. Buat pemeriksaan dan penilaian deria pendengaran oleh pakar apabila seseorang itu mengalami keadaan berikut:

a. Perlu membuka suara TV atau radio yang lebih kuat daripada biasa.

b. Dengar bunyi macam loceng di dalam telinga.

c. Sukar membezakan antara bunyi percakapan orang dengan bunyi bising persekitaran.

d. Apabila orang yang bercakap dengan anda perlu mengulangnya beberapa kali kerana anda kurang dengar.

e. Sukar mendengar percakapan melalui telefon dengan jelas .

f. Perasan ada perbezaan pendengaran antara telinga kiri dengan telinga kanan.

2. Menjalankan beberapa siri ujian pendengaran bagi menilai perkara-perkara berikut:

a. Kebolehan mendengar pada nada dan kekuatan bunyi yang berbeza-beza.

b. Kebolehan memahami percakapan dan dapat membezakan antara perkataan-perkataan yang bunyinya serupa.

c. Sejauh mana bunyi boleh melalui gegendang telinga dan telinga tengah.

d. Sekuat mana isyarat bunyi boleh dihantar dari telinga ke otak.

3. Pilih rawatan yang sesuai

Di antara rawatan yang biasa digunakan bagi mengatasi masalah hilang pendengaran ialah:

1. Alat bantu dengar

Alat ini berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya mudah dikesan ole telinga dalam. Semakin teruk hilang pendengaran, semakin besarlah gandaan bunyi diperlukan.

Terdapat beberapa jenis bentuk alat bantu dengar, di antaranya ialah:

* Alat bantu dengar di belakang

Alat ini terdiri daripada bekas plastik yang dipakai di belakang telinga beserta dengan alat bantu dengar di dalam telinga luar.

* Alat bantu dengar terbuka

Alat ini dipakai keseluruhannya di belakang telinga, dengan hanya tiub halus disambungkan ke dalam salur telinga.

* Alat bantu dengar dalam telinga

Alat ini dipakai keseluruhannya di dalam telinga.

* Alat bantu salur telinga

Alat ini dipasang di dalam salur telinga.

2. Implan koklear (telinga dalam)

Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di telinga dalam (koklear) telah rosak teruk. Implan (penanaman) ini dilakukan dalam koklear, di mana mikrofon luaran serta pemproses ucapan akan menghantar isyarat bunyi ke alat yang ditanam di bawah kulit. Implan koklear ini menghantar impuls terus ke saraf auditori, yang akan membawa isyarat ke otak.

implant1

Implan koklear ini boleh digunakan sebagai salah satu rawatan bagi orang yang hilang pendengaran, dari umur bayi hingga dewasa.

3. Implan telinga tengah

Rawatan ini boleh meningkatkan bunyi yang dihantar ke telinga dalam. Alat ini ditanam di dalam telinga tengah iaitu di osikel (3 tulang kecil dalam telinga) bagi menggandakan/membesarkan isyarat bunyi dan menghantarnya dari gegendang telinga ke telinga dalam.

Implan ini juga merupakan alternatif bagi mereka tidak mahu memakai alat bantu dengar yang nampak di luar telinga atau bagi mereka yang tidak boleh memakai alat bantu di luar atas sebab-sebab tertentu seperti alergi, dsb.

4. Alat bantu tulang penghantar

Bagi mereka yang mengalami hilang sebelah pendengaran, implan alat bantu dengar ini boleh ditanam di dalam tulang di sebelah yang bermasalah bagi membolehkan kedua-dua telinga mendengar.

5. Implan pangkal otak auditori (ABI)

Alat bantu dengar ini ditanam terus di atas permukaan otak. Kaedah ini jarang digunakan melainkan jika saraf koklear tidak lagi berfungsi.

Rujukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: