Khasiat pelbagai varieti beras

Padi ialah tumbuhan monocot, Oryza sativa (Padi Asia) dan Oryza glaberrima (Padi Afrika), yang menghasilkan beras yang menjadi diet pembekal tenaga utama dunia (20%), dikuti oleh gandum (19%) dan jagung (5%). Beras menjadi makanan ruji bagi penduduk di Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Hindia Barat.

Beras menjadi sumber karbohidrat (89%) dan fiber yang penting, protein (7%), lemak (4%), Vitamin (E dan B), di samping membekalkan mineral seperti magnesium, manganese, potassium, dan selenium. Beras pecah kulit (beras yang cuma melalui proses penggilingan padi pertama) mengandungi bran (dedak) yang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin dan bahan aktif yang membantu tubuh melawan pelbagai penyakit, seperti mikrob perut (Salmonella).

rice-infographic-662x1024


Secara amnya, beras boleh dikategorikan mengikut saiz, iaitu:

1. Beras pendek (saiz <5.2 mm panjang)

Beras ini berbentuk bulat dan pendek. Apabila dimasak, ia melekat kerana kandungan kanji yang tinggi.

Contoh:

a. Beras sushi (mutiara)

Beras ini mempunyai tekstur berkanji, sesuai untuk dibuat sushi yang terkenal di Jepun. Beras jenis ini juga digemari di Korea dan China.

b. Beras Arborio

Beras ini ditanam di Itali. Setelah dimasak, nasinya melekat antara satu sama lain. Beras ini memerlukan air yang banyak untuk dimasak kerana ia mengandungi kanji yang berlebihan.

c. Beras pulut

Beras ini berwarna susu. Sesuai untuk dibuat pulut, lemang, kuih-muih, dan lain-lain.

2. Beras sederhana panjang (saiz 5.2 – 6.0 mm panjang)

Beras ini lebih lebar daripada beras panjang dan nasi yang dihasilkan adalah lembut. Kebanyakan nasi putih yang kita makan hari-hari adalah jenis ini.

Contoh:

* Beras Calrose
* Beras Risotto
* Beras tempatan

3. Beras panjang (saiz >6.0 mm panjang)

Panjangnya 4 kali ganda daripada lebarnya. Apabila dimasak nasinya menjadi berderai, ringan dan lembut. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari, nasi Arab dan nasi tomato.

Contoh:

a. Beras Basmati

Beras Basmati ini ditanam di Pakistan dan India serta Amerika Syarikat. Ia mempunyai aroma yang enak. Setelah dimasak, nasinya tidak melekat, berderai dan tidak mudah patah. Sangat sesuai untuk dibuat nasi beriani, nasi minyak dan nasi bukhari.

b. Beras Jasmine

Ada varietinya yang dikenali sebagai beras wangi. Banyak ditanam di Thailand dan Amerika Syarikat. Berasnya panjang dan lembut setelah dimasak. Beras ini hampir menyerupai beras basmati.

c. Beras organik

Beras organik adalah jenis beras panjang yang bermutu tinggi dan sangat berkhasiat dengan kandungan karbohidrat yang rendah.


Terdapat lebih daripada 40,000 varieti beras di seluruh dunia. Secara amnya, semua varieti ini boleh dirangkumkan dan dikumpulkan kepada 4 varieti utama mengikut warnanya.

rice-varieties-259x300

4 varieti beras mengikut warna adalah:

1. Beras putih

Beras biasa yang berwarna putih, ia melalui proses penggilingan bagi menjadikan warnanya putih dengan membuang dedak beras yang melekat pada bijinya.

* Mengandungi rendah lemak tepu, kolesterol, Naterium.

* Sumber yang baik bagi folate dan menganese.

2. Beras merah

Beras merah juga dikenali sebagai beras bario dan banyak ditanam di kawasan tanah tinggi Sarawak yang mempunyai beberapa khasiat, iaitu:

* Mempercepatkan pencernaan makanan.

* Menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet.

* Dipercayai dapat menghindari barah.

3. Beras perang (coklat)

Beras perang ini adalah beras biasa tetapi ia tidak melalui proses pembersihan atau penggilingan kedua yang menghasilkan beras berserat tinggi yang baik untuk kesihatan dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi berbanding beras putih. Rasanya macam kekacang.

Contoh beras perang wangi ialah beras Wehani yang mempunyai aroma yang kuat.

4. Beras hitam/ungu

Beras hitam/ungu adalah sejenis beras pulut yang mempunyai pigmen warna anthocyanins dan tocols. Pigmen ini mempunyai antioksidan.

Sumber gambarajah

4 Responses

  1. mohon share lagi…

  2. Reblogged this on Brain Damage.

  3. JOM minum ORYGOLD. Minuman kesihatan yang terlebih bagus! Dibuat dari beras perang cambah.

    Untuk lihat testimoni produk, klik>> http://orygolddrink.com/testimoni/

    ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: