Pankreatitis – radang pankreas

Pankreatitis bermakna keradangan pankreas. Pankreas ialah organ yang terletak di bahagian atas abdomen, di belakang perut. Pankreas memainkan peranan yang penting dalam proses penghadaman di mana ia merupakan kelenjar yang menghasilkan jus dan hormon penghadaman.

Di antara jus penghadaman yang dihasilkan ialah enzim dan bikarbonat. Jus penghadaman dari pankreas ini akan melalui duktus pankreas ke duodenum (anterior usus kecil) bagi menjalankan fungsi berikut:

1. Enzim penghadaman membantu menghadamkan protein dan lemak dalam makanan supaya nutriennya boleh diserap oleh badan.

2. Bikarbonat pula meneutralkan asid dari perut.

Hormon penghadaman utama yang dihasilkan oleh pankreas ialah insulin dan glucagon yang dihasilkan dalam saluran darah bagi mengawal paras gula dalam darah yang membekalkan tenaga.

Pankreatitis (radang pankreas) terjadi apabila kelenjar pankreas menjadi radang sehingga menyebabkan kelenjar pankareas dan salur darah di kelilingnya membengkak, infeksi berdarah, dan merosakkan kelenjar ini. Ini menyebabkan jus penghadaman tersekat dan jika dibiarkan berterusan ia akan merosakkan pankreas sehingga tidak boleh lagi berfungsi dengan normal.

Penyebab pankreatitis

Penyebab utama (80-90%) pankreatitis ialah pengambilan minuman alkohol berlebihan dan batu hempedu. Peminum alkohol selama 5-7 tahun berisiko tinggi mendapat penyakit ini. Pankreatitis disebabkan batu hempedu pula dialami kerana terjadinya pengumpulan batu hempedu yang menyekat duktus pankreas sehingga jus penghadaman tersekat di dalam pankreas. Ini biasa terjadi di kalangan wanita berumur lebih 50 tahun.

Penyebab pankreatitis yang lain termasuklah ubat-ubatan, terdedah kepada bahan kimia tertentu, trauma kerana pernah mengalami sesuatu kejadian yang mengerikan (seperti kemalangan jalan raya yang teruk), penyakit warisan, ketidaknormalan struktur pankreas dan usus, dan paras lemak yang tinggi dalam darah.

Jenis Pankreatitis

Pankreatitis terbahagi kepada 2 iaitu pankreatitis akut (tiba-tiba dan jangkamasa pendek) atau pankreatitis kronik (berterusan dan jangkamasa panjang). Kedua-dua jenis ini boleh mengancam nyawa jika ada komplikasi yang serius.

Pankreatitis akut ini terjadi sebaik sahaja pankreas mula rosak. Serangan ini sekejap, agak sederhana dan akan kembali normal jika ia dapat diubati dengan segera.

Pankreatitis kronik pula bermula daripada pankreatitis akut. Jika pankreas mula berparut semasa serangan pankreatitis akut, ia tidak dapat pulih atau menjadi normal seperti sedia kala. Kerosakan kelenjar pankreas akan berterusan dan semakin teruk dari hari ke hari.

Sebenarnya, pankreatitis ini boleh terjadi kepada sesiapa saja, tidak kira umur. Namun begitu, ia jarang berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi pankreatitis kronik lebih kerap berlaku di kalangan orang lelaki dewasa berbanding wanita dewasa.

pankreatitis


Di antara simptom biasa bagi pankreatitis akut ialah:

* Tiba-tiba terasa sakit yang berpusat di bahagian sebelah atas kiri abdomen. Sakit ini seperti rasa terpancar dari depan abdomen hingga ke belakang badan. Duduk tegak atau tunduk ke arah depan kadang-kadang dapat mengurangkan sakit.

* Sakit ini bermula atau semakin kuat selepas makan.

* Sakit ini dialami sehingga beberapa hari.

* Sakit akan terasa lebih kuat apabila seseorang itu tidur terlentang.

* Kulit kekuningan atau mata putih (simptom sama seperti sakit kuning atau jaundice).

* Rasa mual atau muntah.

* Terasa demam dan sejuk-sejuk badan, kadang-kadang berpeluh.

* Perut mengembung tetapi terasa lembut jika ditekan sedikit.

* Degupan jantung menjadi cepat (kerana sakit dan demam)

* Dehidrasi (kerana muntah dan tak lalu makan).


Di antara simptom pankreatitis kronik pula ialah:

* Terasa sakit sangat di bahagian atas abdomen.

* Kalau keadaan bertambah teruk, terdapat lemak dalam najis yang menunjukkan badan tidak dapat menyerap lemak dan protein.

* Cirit-birit dan turun berat badan.

* Boleh mendapat diabetes kerana pankreas tidak mampu lagi menghasilkan insulin yang cukup bagi mengawal paras gula dalam darah.

* Sukar buang air besar.

* Apendiksitis

* Kolesistitis.

* Penyakit ulser peptik

* Sakit perut.

Bagi menghindari serangan seterusnya selepas serangan awal, langkah-langkah berikut boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan di rumah:

1. Hentikan semua minuman keras (alkohol).
2. Makan bubur atau sop.
3. Makan ubat tahan sakit, tetapi jauhi ubat yang boleh memberi kesan kepada hati seperti acetaminophen (Tylenol).

Jika sakit tidak berkurangan, anda perlu mendapatkan rawatan doktor di hospital.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: