Tanda fibroid uterus

Fibroid rahim atau kehamilan anggur ialah tumor benign, bukannya tumor malignan (kanser). Tumor ini berasal di rahim tetapi tidak merebak ke bahagian lain badan, walaupun selnya membesar secara tak normal.

Walaupun fibroid rahim ini tidak mengganggu proses ovulasi tetapi ia mengurangkan kesuburan dan kehamilan.

fibroid-tumor

Penyebab kepada fibroid rahim ini belum diketahui dengan jelas. Kebanyakan wanita yang mempunyai fibroid rahim tidak menunjukkan simptom pada peringkat awalnya. Ia boleh didiagnosis dengan pemeriksaan pelvik, kebiasaannya dengan menggunakan ultrasound. Fibroid rahim ini boleh dirawat secara pembedahan atau rawatan perubatan.

Secara luaran, tanda atau simptom seseorang itu mempunyai fibroid rahim kebiasaannya ialah:

1. Pendarahan rahim secara tak normal. Ini terjadi apabila terdapat tumor di lapisan dinding rahim atau tumor yang mengganggu aliran darah ke lapisan dinding rahim yang menyebabkan keluar darah haid banyak, sakit perut semasa haid (sengugut), haid yang lama tempohnya, dan haid yang tidak teratur.

2. Anemia kerana kekurangan zat besi disebabkan oleh pendarahan yang banyak.

Terdapat juga beberapa simptom lain, bergantung kepada saiz dan kedudukan tumor di dalam rahim. Fibroid rahim yang besar akan menunjukkan simptom berikut:

* Rasa tekanan di bahagian rahim.
* Sakit di kawasan tulang punggung (pelvik).
* Tekanan ke atas pundi kencing dan kerap buang air kecil.
* Tekanan ke atas rektum dan terasa sakit semasa buang air besar.

Jika fibroid rahim ini dibiarkan, tanpa sebarang rawatan, ia boleh membesar sehingga boleh menyebabkan keguguran jika hamil.

fibroid

Selain perlu mengetahui tanda-tanda fibroid rahim, penyebab kepada berlakunya fibroid ini juga perlu diambil perhatian supaya dapat dielakkan sedapat mungkin….

Dipercayai, di antara penyebab terjadinya fibroid rahim ialah:

* Ketaknormalan genetik – warisan famili, bangsa, dsb.
* Ekpresi perubahan faktor pertumbuhan (protein yang terbentuk dalam badan bagi mengawal kadar pembahagian sel).
* Ketaknormalan sistem salur darah.
* Respons tisu ke atas kecederaan.
* Datang haid terlalu awal, iaitu sebelum umur 10 tahun.
* Minuman keras, terutamanya beer.
* Jangkitan kuman di rahim.
* Penyakit darah tinggi.

Namun begitu, kehamilan dan pengambilan ubat perancang keluarga dapat mengurangkan terjadinya fibroid rahim. Jika seseorang itu mendapat fibroid rahim semasa hamil, fibroid ini akan membesar semasa kehamilan trimester pertama, kemudian ia akan mengecut selepas bersalin. Bagi wanita yang mendapat fibroid rahim sebelum menopause, fibroid ini akan mengecut selepas menopause.

Sumber

7 Responses

  1. saya mempunyai 2orng anak dan sekarang ne saya benar2 keliru dngn setuasi saya sekarang ne…
    apakah fibroid itu juga berjeyut dalam perut tapi tidak bergerak malahan..bila dipegang perut terasa menggeras,adakah itu bayi atau fibroid?

    • Sesiapa yang pernah mengalami masalah fibroid, boleh berkongsi pengalaman di sini demi kebaikan kita bersama.

      • Sy penghidap fibroid sejak awl tahun,simptom yg sy alami,sengugut teruk,haid lbih dua minggu,bhgian ari2 bngkak wlupun bukn time period..perut da mcm org ngandung.mcm kes saya ni fibroid size 12cm.sy jmpa dktr pakar gynae dan dktr suruh mkn ubt dulu dlm tmpoh 4 bln,Utk kecutkan fibroid.tp malangya x berjaya.dan doktor decide utk oprte..tibe wktunya nk oprte dktr scan fibroid da bsr 13cm dan menutupi rahim.dan dktr bgtau kemungkinan besar rahim akn di buang.sy mtk tnguh dulu,stlh berbincang ambik suntikan lucrin 2x br oprte.pd 27/8 sy da selamat dioprte.alhamdulillah rahim dpt dislmtkan.dktr cuma buang fibroidnya je

  2. Sy nk tnye adakah tanda2 yg sy alami skrg ini adalah tanda2 penyakit fibroid..sejak kebelakagan ini sy selalu kerap buang air kecil dan perut sy membesar.sy merasa kn sgt tidak selesa selepas sy mkn atau memakai seluar yg ketat.

  3. Saya berumur 22thn,sudah setahun lebih kawin blum ada anak,haid saya tidak teratur,pernah sebulan tak dtg haid,lepas sebulan tak dtg haid,darah haid saya jdi berkurang kpd 5hari selalu yew 8hari,saya juga mengalami senggugut yg teruk,sakit pada bahagian bawah perut ketika bersetubuh dn dlm keadaan biasa juga…perut saya juga buncit hingga ada yg ckp saya mengandung,berat badan saya 55kg….adakah saya perlu berjumpa doktor?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: