Rawatan alternatif bagi mata bengkak

Kadang-kadang selepas bangun tidur kita dapati mata bengkak atau sembab tanpa diketahui sebabnya.

Biasanya, mata bengkak atau sembab disebabkan oleh alergi, tidak cukup tidur, terlalu banyak kerja sehingga kurang tidur atau berehat, tersilap makan dan lain-lain. Mata bengkak yang dimaksudkan di sini bukannya bengkak disebabkan sakit mata atau masalah mata yang serius. Jika bengkak disebabkan penyakit mata, eloklah dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Di antara rawatan alternatif yang disarankan bagi mengurangkan atau meredakan bengkak mata ialah:

1. Sudu makan
– Lalukan belakang sudu makan dengan air batu cair, kemudian letakkan belakang sudu ini di atas mata yang bengkak selama 30 saat bagi setiap mata.

2. Peti sejuk
– Jika anda bangun tidur dengan mata yang bengkak, buka pintu peti sejuk dan masukkan kepala ke dalamnya selama 30 saat.

3. Krim hemorrhoid
– Sapukan krim ini di atas mata yang bengkak.

4. Timun
– Hiris timun sederhana nipisnya. Letakkan hirisan timun di atas mata yang bengkak selama 15-20 minit.

5. Teh hijau atau teh hitam
– Selepas rendam air teh, perah beg teh yang telah sejuk dan letakkan di atas mata yang bengkak selama 15 minit. Lakukan ini sambil baring.

tea-bag

Sumber

One Response

  1. Jika ada yang mempunyai masalah mata rabun/ silau/ katarak/ selaput/ berair, saya sarankan anda mencuba minum Kopi Mata / Coklat Mata Pertama Di Dunia iaitu CEN-Roma & CEN-Coco. Sila hubungi 012-678 0401/ 012-9120401 (sms/call) @ 010-5202192 (whatsapp). Boleh juga layari http://asyranilegacy.blogspot.com/ atau http://www.facebook.com/bizcenroma =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: