Bahaya kolam mandi awam

Bagi yang suka berenang dan main air tapi tidak mempunyai kolam renang sendiri di rumah, sudah tentulah kolam mandi atau kolam renang awam menjadi tumpuan. Penggunaan kolam mandi/renang awam menjadi lebih ketara pada musim cuti sekolah dan hujung minggu di mana ibubapa suka membawa anak-anak mereka beriadah sambil cuti-cuti.

Dalam keriangan dan keseronokan bermain air dan berenang di kolam mandi/renang awam, kita tidak tahu betapa kotor air di dalamnya, maklumlah sudah ramai orang yang mandi di dalam kolam yang sama.

kolam renang2

Mari kita amati apakah bahaya atau risikonya mandi-manda dan berenang di dalam kolam mandi awam, di antaranya ialah:

1. Keadaan kolam yang tidak bersih

* Ramai orang dewasa dan kanak-kanak yang membuang air kecil di dalam kolam mandi/renang semasa mereka mandi-manda dan berenang di dalamnya. Bayangkan jika ramai berada di dalam kolam tersebut, tentulah lebih banyak campuran air kencing di dalam kolam. Oleh kerana air kolam banyak, tidaklah kita terbau hancingnya, walaupun air kolam tercemar.

* Kebanyakan orang terus terjun ke dalam kolam mandi/renang tanpa mandi “shower” dan bersihkan badan terlebih dahulu. Ini akan menambahkan kekotoran air kolam tersebut.

* Risiko mendapat penyakit berkait dengan air kolam tercemar adalah tinggi terutamanya bagi mereka yang rendah daya tahan penyakit.

2. Risiko kanak-kanak mati lemas dalam kolam mandi/renang awam.

3. Air kencing, peluh dan losyen “sunscreen” mengandungi nitrogen yang akan memusnahkan klorin bebas – yang dibubuh ke dalam kolam mandi/renang bagi membunuh kuman bawaan air. Jika ramai orang dalam kolam ini, maka semakin kuranglah klorin yang tinggal untuk membersihkan air. Kuman bawaan air ini boleh menyebabkan sakit jika tertelan atau terminum airnya.

Klorin membunuh kebanyakan bakteria jika ia berada pada paras tertentu dan sesuai dengan keadaan air. Namun begitu, ada juga organisma, yang menyebabkan sakit, masih boleh terus hidup walaupun dalam air berklorin. Contohnya, parasit seperti Cryptosporidium boleh hidup selama 10 hari dalam air berklorin.

Di antara sakit yang berkaitan dengan kurangnya kebersihan kolam mandi/renang awam ialah cirit-birit, muntah-muntah, kejang otot, demam dan infeksi.

Bagaimanakah cara melindungi diri dan pengguna kolam mandi/renang awam yang lain?

1. Jangan berenang atau mandi-manda di dalam kolam mandi/renang awam sekiranya anda cirit-birit atau sakit perut bagi mengelakkan tersebarnya kuman di dalam air kolam.

2. Tanya penjaga kolam mandi/renang awam kekerapan kolam dibersihkan dan paras klorin air kolam tersebut, bagi mengetahui tahap kebersihan air kolam tersebut.

3. Pastikan kanak-kanak dan orang dewasa sudah buang air kecil sebelum memasuki kolam mandi, atau bagi kanak-kanak tukar diaper sebelum masuk ke dalam kolam (bagi yang pakai diaper).

4. Mandi “shower” terlebih dahulu sebelum memasuki kolam mandi/renang awam, bagi mengurangkan kekotoran dibawa masuk ke dalam kolam tersebut.

5. Jangan telan air kolam mandi/renang walaupun sedikit kerana ditakuti akan dijangkiti penyakit bawaan air.

Bagaimanakah kita mengenal kolam mandi/renang yang bersih dan selamat?

Di antara tanda kolam mandi/renang yang bersih ialah:

* Airnya jernih, tidak berkelodak.
* Tepi-tepi kolam pun kelihatan bersih.
* Air kolam tidak berbau kuat, cuma ada sedikit bau klorin.
* Peralatan di kolam renang berfungsi dengan baik.

Di antara tanda kolam renang yang selamat ialah:

* Sentiasa ada penjaga kolam yang berpengalaman luas, jika ada yang lemas atau cedera mudah mendapatkan bantuan segera.

* Peralatan bantuan dan alat pertolongan cemas disediakan berhampiran dengan kolam.

* Peraturan keselamatan dan tanda amaran disediakan dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh orang ramai.

* Nampak dengan jelas dasar kolam renang tersebut.

* Kawasan di sekitar kolam renang tidak licin, biasanya lantai diperbuat daripada jubin atau simen yang agak kesat supaya orang ramai tidak mudah tergelincir.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: