Terkini: Penanda lain bagi mengetahui penyakit jantung

Selain daripada kepentingan diet, senaman dan ubat menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengetahui paras homocysteine boleh dijadikan sebagai penunjuk yang lebih tepat bagi menentukan penyakit jantung berbanding dengan paras kolesterol.

homosystein

Apa itu Homocysteine?

Homocysteine ialah sejenis asid amino. Jika ia tidak dimetaboliskan dengan sempurna, ia akan menjadi radikal bebas dan ia boleh berkumpul di dalam saluran darah yang menjadikannya toksik kepada badan. Radikal bebas ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dan trombosis vena yang dalam. Ini boleh menyebabkan kerosakan arteri, arterosklerosis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronori dan strok. Oleh itu, menjaga paras homocysteine dalam julat yang sihat adalah perlu.

Paras homocysteine boleh diketahui melalui ujian darah yang mudah. Berikut adalah senarai bacaan paras homocysteine dalam darah bagi menentukan kadar risikonya kepada penyakit jantung:

Sihat = <6
Risiko rendah = 6-9
Risiko sederhana = 9-12
Risiko tinggi = 12-15
Risiko sangat tinggi = 15-20
Risiko tersangat tinggi = >20

Kenaikan paras homocysteine juga boleh menyebabkan penyakit lain yang berkaitan, seperti hipotiroid, diabetes Type 2, migrain, osteoartritis, artritis reumatoid, fibromialgia, sindrom keletihan kronik, kekurangan magnesium, mati pucuk, leukemia, kanser kolon, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, nyanyuk, depresi, penyakit Crohn dan penyakit keradangan/ulser usus besar (Ulcerative colitis).

Kenapa paras homocysteine meningkat?

Di antara sebabnya ialah:

* Kurang vitamin B – ini akan mengurangkan kecekapan proses metabolisma homocysteine.
* Hormon tiroid yang rendah menyebabkan paras homocysteine meningkat.
* Penyakit buah pinggang.
* Psoriasis
* Minum teh, kopi dan alkohol berlebihan.
* Stres
* Sindrom ketahanan insulin.

Bagaimanakah cara untuk menurunkan paras homocysteine dalam darah secara semulajadi?

Sebelum melakukan apa-apa langkah untuk menurunkan paras homocysteine, perlulah diperiksa paras sebenar homocysteine dalam darah terlebih dahulu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit berkaitan atau berisiko sindrom ketahanan insulin (sindrom metabolisma), penyakit buah pinggang dan psoriasis.

Di antara caranya ialah:

1. Kurangkan minuman berkafein, terutamanya kopi dan teh.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin B6, B9 dan B12 melalui suplemen dan juga diet yang kaya dengan vitamin B, seperti daging, bijirin yang diperkaya dengan vitamin B, produk tenusu, telur, ikan, buah-buahan, hati, kacang pea, ayam, nasi, makanan laut, sayur bayam, biji bunga matahari dan walnut.

3. Kurangkan stres melalui senaman fizikal dan minda seperti yoga, tai chi, qigong, solat dan zikir, serta tidur yang cukup dan nyenyak bagi mendapatkan kerehatan badan sepenuhnya.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: