Keistimewaan otak kita

Otak yang sihat adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya kerana otaklah yang mengawal segala-galanya. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, jangan dibiarkan ia dirosakkan dengan pengambilan minuman keras, dadah, dsb.

Exercises-to-boost-brain-power-300x204

Apakah keupayaan istimewa otak manusia?

Ada kalanya kita terlupa akan keupayaan (kuasa) atau kekuatan otak yang kita miliki. Jadi, mari kita lihat apakah keistimewaan keupayaan otak kita, di antaranya ialah:

1. Minda sedar cuma mengawal lebih kurang 5% daripada pemikiran otak sehari, manakala selebihnya (95% lagi) dikawal oleh minda separa sedar atau minda bawah sedar.

2. Kita mempunyai 70,000 pemikiran dalam sehari. Oleh itu, pastikan pemikiran itu diarah dan ditumpukan kepada perkara yang positif, itu adalah pilihan kita sendiri.

3. Keupayaan otak boleh ditingkatkan lagi dengan cara meditasi/zikir/solat yang mana telah terbukti dapat meningkatkan IQ, mengurangkan stres, dan menggalakkan tahap pembelajaran yang lebih baik.

4. Kajian juga menunjukkan bahawa mendengar muzik dapat menguatkan otak.

5. Pemikiran memberi kesan ke atas biologi dan fisiologi badan di mana badan bertindak balas dengan minda. Pemikiran yang positif menyebabkan badan lebih bertenaga, bersemangat, dsb. berbanding dengan orang yang berfikiran negatif. Minda yang tenang dapat mengurangkan stres dan seterusnya mencegah daripada pelbagai penyakit.

6. Kehilangan asid lemak EPA dan DHA berkait rapat dengan depresi (kemurungan), penyakit Parkinson dan Alzheimer.

7. Dua pertiga (2/3) daripada kandungan otak adalah lemak. Mielin atau lapisan yang melindungi neuron terdiri daripada 70% lemak. Makanan yang terdiri daripada ikan berlemak, sayuran berdaun hijau, minyak zaitun, avocado, biji chia, flaxseed, dan kekacang dapat membantu memperbaharui neuron dan sel-sel otak yang lain, dan seterusnya meningkatkan keupayaan otak.

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keupayaan otak?

Secara umumnya, langkah-langkah berikut dapat meningkatkan keupayaan otak:

1. Main game yang perlu menggunakan daya berfikir yang tinggi seperti chess, sudoku, silang-kata, dan lain-lain.

2. Mendengar muzik boleh merangsang neuron dan sel-sel otak lebih aktif.

3. Selalu mengingat kembali bermacam perkara, seperti nama-nama orang atau nombor-nombor telefon supaya neuron-neuron tidak terputus-putus yang menjadikan seseorang itu pelupa.

4. Tukar-tukarkan kerja/peranan tangan kanan ke tangan kiri atau tangan yang kurang dominan, contohnya biasakan tangan kiri buat kerja yang mudah-mudah (seperti memberus gigi, menyikat rambut, memotong sayur, dsb.) supaya secara beransur-ansur ini dapat mengaktifkan kedua-dua bahagian otak.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: