Fadilah Surah Al-Ikhlas

Mari kita amati betapa besarnya fadhilat mengamalkan surah al-Ikhlas yang dijadikan sebagai zikir selepas solat dan zikir harian….

“Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri: “Seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah SAW berkata, “Demi Tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!” (HR al-Bukhari)

“Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.” (HR Ahmad dan An Nasai)

“Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya.” (HR Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.”(HR Ahmad dan Muadz bin Aras)

“Dari Ubay Ibn Ka’ab, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas 1 kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail a.s., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

“Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

“Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa membaca Surah al-Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran.”

“Riwayat daripada Saidina Ali r.a.: Siapa membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk berbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.”

“Aisyah. r.a. menerangkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang membaca selepas solat Jumaat surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali, surah an-Naas 7 kali, maka Allah akan melindunginya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang.”

“Daripada Saidina Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda; ” Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memeliharakan rumahnya sampai ia kembali.”

“Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca surah al-Ikhlas 30 kali, maka Allah akan menulis barakah, selamat dari api neraka, dan aman dari azab pada hari kiamat.”

“Imam Sayuti menerangkan dalam kitabnya “Addurul Mantsur” – Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa yang ada hajat hendaklah berwudhuk dan solat empat rakaat dengan satu salam, rakaat pertama membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 21 kali, rakaat ketiga membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 30 kali, dan rakaat keempat membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 41 kali. Apabila sudah salam, sebelum berkata-kata, baca surah al-Ikhlas 50 kali, solawat atas Nabi 50 kali, istighfar 50 kali, baca Laa khaula wala quwwata illaa bilaahil a’liyil adziim 50 kali, maka in sya Allah, Allah akan menunaikan hajatnya

Rujukan: Buku Risalah Doa Yaa Rabbi (H. Dja’far Sabran)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: