Kelebihan sarapan pagi dengan buah-buahan

sihat Fresh Fruit

* Di antara pukul 7-11 pagi, badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan. Oleh itu, jika makan buah-buahan pada waktu ini, ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman, dengan itu tenaga yang ada dapat digunakan untuk penyaktoksikan badan dan bukan dibazirkan untuk menghadamkan makanan berlemak tinggi jika diambil semasa sarapan.

* Makan buah-buahan semasa sarapan pagi adalah cara yang baik untuk “berbuka” setelah semalaman perut berpuasa kerana buah-buahan tidak memberi tekanan yang mengejut kepada sistem penghadaman dan metabolisme badan, berbanding jika perut menerima makanan berat yang berlemak semasa sarapan.

* Buah-buahan mengandungi fiber yang boleh mencuci kolon (usus besar), dengan itu memudahkan membuang air besar pada waktu pagi. Ini akan menyebabkan badan terasa segar dan ringan.

* Jika makan buah-buahan dengan cukup untuk sarapan pagi, kita tidak perlu minum kopi kerana gula semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan sudah cukup untuk memberi tenaga dan otak yang cerdas.

* Orang yang mengamalkan makan buah-buahan untuk sarapan pagi biasanya mempunyai badan yang langsing, slim, sihat dan lebih produktif sepanjang hari.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: