3 Golongan masuk syurga tanpa hisab

“Ali bin Husain r.a. (cucu Saidina Ali k.w.) berkata: “Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil: ‘Di manakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya: ‘Hendak ke mana kamu?’ Jawab mereka: ‘Ke syurga.’ Ditanya lagi: ‘Sebelum dihisab?’ Jawab mereka: ‘Ya sebelum hisab.’ Lalu ditanya: ‘Siapakah kamu?’ Jawab mereka: ‘Kami ahlul fadhli.’ Lalu ditanya: ‘Apakah kelebihanmu di dunia?’ Jawab mereka: ‘Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.’ Maka berkata malaikat: ‘Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal’.”

Kemudian ada seruan: “Di manakah ahli sabar. Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat: ‘Kamu hendak ke mana?’ Jawab mereka:’ Ke syurga,’ Di tanya: ‘Adakah sebelum hisab?’ Jawab mereka: ‘Ya sebelum hisab.’ Lalu ditanya: ‘Siapakah kamu?’ Jawab mereka: ‘Kami ahli sabar.’ Lalu ditanya: ‘Bagaimana kesabaranmu?’ Jawab mereka: ‘Kami sabar buat taat, dan sabar meninggalkan maksiat.’ Maka berkata malaikat: ‘Silakan masuk syurga, maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.”

Kemudian ada seruan: “Di manakah tetangga Allah SWT.?’ Lalu bangun beberapa orang dan langsung menuju ke syurga. Maka ditanya malaikat: ‘Kamu hendak ke mana?’ Jawab mereka: ‘Ke syurga.’ Ditanya: ‘Apakah sebelum hisab ?’ Jawab mereka: ‘Ya’ Lalu ditanya: ‘Siapakah kamu? Jawab mereka: ‘ Kami tetangga Allah SWT di bumi.’ Lalu ditanya: ‘Bagaimana keadaan tetanggamu?’ Jawab mereka: ‘Kami cinta-mencintai kerana Allah SWT dan korban-berkorban kerana Allah SWT dan sambung-menyambung kerana Allah SWT. Maka berkata malaikat: ‘Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal’.”

~ (Petikan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri: Telaga Biru Sdn Bhd -Cetakan Pertama 2007)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: