Cara betul dan sihat menggalas beg sekolah

Membawa buku banyak ke sekolah memang sudah menjadi lumrah kepada murid-murid, sama ada di sekolah rendah atau menengah. Apa yang menjadi kerisauan ibu bapa ialah anak-anak yang masih kecil, iaitu murid darjah 1 hingga 3, terpaksa membawa beg besar yang berisi buku ke sekolah, sehingga kadang-kadang kelihatan tidak padan si badan kecil membawa beg sekolah yang begitu berat. Ini boleh mengakibatkan sakit tulang bahu dan belakang hingga ke hari tua atau sekurang-kurangnya akan mengganggu pertumbuhan tulang rangka yang sihat.

Walaupun sekarang ini agak ramai juga murid-murid yang membawa beg heret, terutamanya murid yang mempunyai ibu bapa yang prihatin tentang kesihatan, tetapi masih ramai juga lagi yang menggunakan beg sekolah jenis galas di belakang.

Berikut dipanjangkan cara-cara pemakaian beg galas yang betul agar ia menjadi lebih selesa, tidak memberi tekanan serta menghindari sakit tulang belakang.

* Pastikan berat beg galas ini tidak melebihi 10% daripada berat badan si pembawanya.

* Pakai kedua-dua belah tali sandang bahu yang berlapik tebal dengan span, jangan pakai hanya sebelah tali sandang bahu sahaja.

* Pakai tali sandang ini 2″ di bawah tulang belikat hingga ke paras pinggang.

* Pakai tali di pinggang (tali sandang ketiga) – jika ada. Jangan biarkan tali ini terlepas begitu sahaja. Ini bagi mengurangkan tekanan beban di bahu dan belakang.

* Pilih beg yang selesa dipakai oleh anak anda.

beg galasKlik pada gambar untuk imej lebih besar

Sumber

One Response

  1. Reblogged this on Brain Damage.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: