Makanan cepatkan proses penuaan

Bagi sesetengah orang, proses penuaan merupakan suatu mimpi ngeri, terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan fizikal (luaran). Proses penuaan merupakan proses semulajadi yang tidak mungkin boleh dielakkan, tetapi ia boleh diperlahankan dengan pemilihan makanan yang betul dan seimbang (melainkan menjalani pembedahan plastik untuk kecantikan yang mana diharamkan dalam Islam).

Pada asasnya, makanan yang bahaya (yang banyak menyumbang) kepada paras gula dalam darah akan menyebabkan proses penuaan yang cepat, termasuklah kulit berkedut dan sendi-sendi yang sakit atau bermasalah. Pengurangan pengambilan makanan yang menyebabkan cepatnya proses penuaan ini dapat mengurangkan ketuaan dan sentiasa awet muda di mana seseorang itu kelihatan 5-10 tahun lebih muda daripada umur yang sebenar.

Oleh itu, pilihlah makanan yang sesuai yang dapat mengurangkan proses penuaan yang cepat iaitu proses glycation, keradangan (inflammation) dan pengoksidanan.

Di antara tanda penuaan ialah kulit berkedut, rambut semakin menipis atau botak, fungsi organ-organ yang menurun, sendi-sendi yang sakit, dsb.

Makanan yang tidak baik yang mana mempercepatkan proses penuaan, termasuklah:

1. Makanan berasaskan gandum

a. Ini berkaitan dengan proses glycation dalam badan dan bahan yang dinamakan Advanced glycation End Products (AGEs). Bahan AGEs ini mempercepatkan proses penuaan dan merosakkan organ-organ, sendi dan menjadikan kulit berkedut.

Apakah faktor yang meningkatkan AGEs?

Paras gula yang tinggi dalam darah didapati mempercepatkan lagi pertambahan bahan AGEs ini dalam badan. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya.

Apa kaitannya dengan makanan yang mengandungi gandum?

* Gandum mengandungi karbohidrat khusus yang dinamakan Amylopectin-A, yang didapati mempercepatkan peningkatan paras gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat daripada bahan makanan yang lain. Ini bermakna, makanan berasaskan gandum (seperti roti, bijirin daripada gandum, muffin, dsb.) akan meninggikan paras gula dalam darah.

* Gandum juga mengandungi gluten iaitu bahan yang memberi kesan buruk atau mengganggu kesihatan.

Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan gandum.

b. Produk roti dari gandum yang dibakar sehingga berwarna coklat tua/hangus/berkerak

Produk ini mengandungi bahan kimia karsinogen iaitu acrylamides yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mempercepatkan proses penuaan.

Selain itu, acrylamides juga didapati tinggi dalam sumber karbohidrat lain yang juga dibakar atau digoreng terlalu garing dan hampir hangus, seperti kentang goreng yang terlalu garing.

Namun begitu, bahan acrylamides berkarsinogen ini dapat dibasmi dengan pengambilan makanan yang betul yang boleh melawannya.

2. Makanan yang boleh menyebabkan keradangan pula ialah bahan yang berasaskan jagung (termasuklah bijirin (emping) jagung, corn chips, sirap jagung, dsb.), minyak kacang soya, minyak sayuran lain yang mengandungi lemak yang diproses, dan gula berlebihan (dalam bentuk gula-gula, kek, minuman bergas yang manis, dsb.).

Apakah makanan yang boleh melawan semua ini?

Jawabnya tentulah makanan yang banyak mengandungi antioksidan, seperti:

* Herba
* Tea
* Rempah ratus

Kebaikan makanan-makanan antioksidan ini ialah:

* Dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas kulit, organ, otot, sendi, dsb. dengan cara meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Ini akan dapat mengawal paras gula dalam darah.

* Mengurangkan bahaya keradangan dalam badan.

* Menseimbangkan hormon dalam badan.

* Meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.

Hasilnya, pengamal pemakanan yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: