Vitamin dan kesihatan otak

Kajian menunjukkan bahawa vitamin yang biasa digunakan oleh ahli olahraga bina badan dan pesakit astma (lelah) juga didapati berperanan membantu mengurangkan risiko mendapat schizophrenia, penyakit Alzheimer dan nyanyuk.

Vitamin yang dimaksudkan ialah choline iaitu sejenis nutrien asas yang larut air dan ia tergolong dalam vitamin B-complex. Choline adalah molekul precursor (pencetus/pelopor) bagi neurotransmitter acetylcholine dan bahan membran sel yang mempunyai banyak fungsi, termasuklah memori dan kawalan otot badan.

Sumber choline diperolehi dari diet bagi menjaga kesihatan badan. Choline banyak terdapat dalam telur, daging, hati, sayuran hijau, kekacang, kacang soya, yis, wheat germ dan lecithin. Walaupun choline diperlukan oleh badan, tetapi ia tidak diperlukan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Kajian lain di University of Colorado (USA) pula menunjukkan apabila suplemen choline diberikan kepada wanita hamil pada 2 trimester terakhir (iaitu trimester kedua dan trimester ketiga, minggu ke-12 hingga ke-40 kehamilan), ia dapat mempertingkatkan fungsi kognitif bayi yang dilahirkan.

choline

Kajian ke atas populasi orang tua yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari Boston University School of Medicine (Massachusetts, USA) mendapati choline dapat melambatkan penuaan otak dan memperbaiki prestasi kognitif mereka.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: