Cara mudah meningkatkan daya imun badan

Orang yang mudah dan kerap diserang selesema menunjukkan sistem imun atau ketahanan badan tidak kuat. Sebenarnya, ketahanan badan ini boleh dipertingkatkan dengan pengambilan makanan yang sihat, suplemen, melakukan senaman atau aktiviti fizikal, dan tidak stres.

Namun begitu, ubat atau rawatan semulajadi juga dapat mempercepatkan tempoh pemulihan dan mengurangkan ketidakselesaan.

Di antara ubatan atau rawatan semulajadi yang diakui dapat meningkatkan daya imun badan ialah:

1. Minyak kelapa

Selama ini kita sering dimomokkan bahawa minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan kerana kononnya ia meningkatkan kolesterol dalam darah, tetapi kita kurang memberi perhatian kepada banyak kelebihan dan manfaat lain minyak kelapa kepada kesihatan.

Minyak kelapa adalah lemak yang sihat kerana ia kaya dengan asid laurik yang menyumbang kepada kesihatan badan, termasuk bersifat anti-virus. Asid laurik terlibat secara langsung menganggau kebolehan virus membiak dan tersebar dengan cepat, dan ini secara tidak langsung dapat menghalang wabak penyakit bawaan virus.

Minyak kelapa juga mengandungi nutrien yang merangsang keimunan, mengurangkan keradangan, dan lain-lain.

Untuk mendapatkan manfaat minyak kelapa, tambah 1 hingga 2 sudu makan minyak kelapa sehari ke dalam masakan, seperti sop atau lain-lain, ditambah pada salad atau smoothies.

2. Baking soda

Baking soda atau dikenali sebagai sodium bicarbonate sebenarnya telah lama digunakan secara terapeutik bagi menangani pelbagai masalah kesihatan.

Baking soda dapat melawan serangan selesema dengan cara membantu meneutralkan asid dalam badan dan menyediakan persekitaran alkali yang tidak digemari oleh virus dan kuman yang lain.

Apabila terasa badan bakal mendapat selesema atau terdedah kepada jangkitan virus, minum air yang ditambah dengan 1/2 sudu teh baking soda setiap 2 jam, sebanyak 6 kali sehari semalam. Kurangkan sukatan ini apabila simptom selesema sudah berkurangan.

3. Probiotik

Terdapat beratus-ratus spesies bakteria bermanfaat di dalam saluran penghadaman bagi membantu proses penghadaman, meninggikan asimilasi nutrien, dan melindungi badan daripada serangan mikrob yang merbahaya.

Kajian menunjukkan bakteria probiotik bermanfaat (seperti Lactobacillus, Bifidobacterium) menambah sel T yang berperanan dalam sistem imun badan. Secara khususnya, strain Bacillus coagulans dapat meningkatkan keimunan badan terhadap virus selesema.

4. Kulat ubat

Terdapat banyak spesies kulat yang boleh dijadikan ubat atau mempunyai nilai kesihatan yang baik iaitu dapat meningkatkan sistem imun dan kesihatan badan keseluruhannya. Di antara spesies kulat yang dapat membantu mencegah dan merawat selesema ialah Coriolus, Reishi, Agaricus, Cordyceps, Umbellatus dan Maitake.

Kulat-kulat ini mengandungi banyak sebatian terapeutik bagi meningkatkan fungsi sel imun, aktiviti anti-virus, menyaktoksikkan badan, mengurangkan keradangan, membantu penghadaman dan mengandungi antioksidan yang tinggi.

5. Ketawa

Kajian menunjukkan orang yang murah ketawa dapat meninggikan semula keimunan badan yang berkurangan disebabkan oleh stres, dan meningkatkan aktiviti sel yang mempengaruhi ekspresi gen yang berkaitan dengan sistem imun badan.

6. Yoga/solat/zikir

Yoga merupakan senaman sistem minda-badan. Yoga dapat mencegah stres, mempengaruhi secara positif keimunan berkait dengan gen, meningkatkan peredaran darah, mengurangkan keradangan kronik, dan cepat menyembuhkan penyakit. Pergerakan dan regangan secara perlahan dalam yoga menambahkan pengambilan oksigen dan memperbaiki sistem peredaran darah yang akan melawan penyakit. Bagi orang Islam, gerakan solat dan zikir yang khusyuk berfungsi sama seperti yoga yang ternyata banyak manfaatnya kepada kesihatan secara keseluruhannya.

7. Cahaya matahari

Terdedah kepada cahaya matahari pagi selama 15-20 minit dapat memperbaiki tahap kesihatan kerana terhasilnya vitamin D3 semulajadi yang dapat meningkatkan keimunan badan, melawan serangan virus, dan menjaga kesihatan keseluruhan.

8. Muzik

Terapi muzik biasanya digunakan bagi pelbagai aspek kesihatan. Muzik klasik yang syahdu dan perlahan dapat mengurangkan stres, meningkatkan keimunan badan, membantu metabolisme, dan lain-lain. Cuba rileks dan buat pernafasan yang dalam sambil mendengar muzik yang digemari.

9. Pectin limau diubahsuai (MCP)

Pectin Limau Diubahsuai (modified citrus pectin) diperbuat daripada pectin limau atau lapisan sebelah dalam kulit limau atau lemon bagi meningkatkan keimunan badan. Pectin atau fiber yang mudah larut ini biasanya terdapat pada kulit limau atau epal.

Pectin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada rangkaian beribu-ribu molekul gula. Bagi mendapatkan manfaatnya, pectin ini diubahsuai secara kimia bagi memecahkan molekul yang panjang ini supaya menjadi pecahan-pecahan kecil supaya mudah diserap oleh saluran penghadaman.

Selain dapat meningkatkan keimunan badan, Pectin Limau Diubahsuai (MCP) ini juga dapat mengawal keradangan, mencegah pembentukan fibrosis dan sel kanser dengan menghalang kesan buruk daripada galectin-3 yang berlebihan dalam badan, dan membantu melindungi badan daripada serangan virus.

Pengambilan 5 hingga 10 gram pectin limau diubahsuai ini sehari dapat meningkatkan keimunan badan, terutamanya apabila ia diambil bersama dengan kulat ubat (seperti disebut di atas).

10. Jauhi gula

Kebanyakan gula, terutamanya gula pasir putih, mencetuskan tindakbalas bahaya di dalam badan yang secara langsung menekan sistem keimunan badan. Pilihlah pemanis lain sebagai alternatif, seperti gula daripada buah kelapa, yang tidak melemahkan sistem imun. Sistem imun yang lemah menyebabkan badan terdedah kepada serangan mikrob (virus dan bakteria).

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: