3 Cara minda mampu mengawal percakapan

Bahagian badan yang bercakap adalah mulut tetapi sebenarnya percakapan dikawal oleh minda, di mana mulut dan lidah sekadar alat bercakap saja. Kajian menunjukkan minda mampu mengawal percakapan atau perbualan seseorang itu dengan beberapa kaedah. Kaedah ini sama ada telah diamalkan oleh orang yang dilahirkan memang pandai bercakap atau ia boleh dipelajari dan perlu selalu diamalkan sehingga berkesan.

mind talk

Komunikasi alfa atau perhubungan alfa melalui percakapan sebenarnya dikawal oleh minda melalui:

1. Perhubungan mata (eye contact)

Bagi komunikasi yang berkesan, perhubungan mata, memandang mata atau bertentang mata dengan pendengar atau orang yang dilawan bercakap adalah penting. Ini terutamanya diperlukan oleh orang yang bercakap kerana semakin banyak perhubungan mata semasa bercakap, semakin dominan ia dalam sesi perbualan tersebut berbanding dengan orang yang takut bertentang mata dengan pendengarnya.

Orang yang takut bertentang mata, yang kerap kali mengalihkan pandangan matanya ke arah lain sama ada ke atas, ke bawah (tunduk), atau lain-lain arah, menunjukkan status sosial yang rendah, rasa rendah diri atau tidak yakin diri.

2. Menonjolkan suara

Pengawalan minda terhadap percakapan/perbualan juga dilakukan dengan menggunakan suara. Bercakap dengan suara yang agak kuat, jelas, yakin dan tidak tergagap-gagap memainkan peranan yang penting dalam percakapan. Penonjolan suara yang baik dapat menguasai sesuatu perbincangan kerana perhatian orang akan tertumpu kepadanya berbanding dengan orang yang bercakap perlahan dan kurang jelas buah butir yang dicakapnya, akhirnya akan membosankan pendengar. Sebab itulah pakar motivasi yang berjaya mempunyai suara yang kuat, jelas dan yakin diri, barulah ia boleh memotivasikan orang lain.

3. Mengetuai percakapan

Dalam komunikasi atau perbualan mesti ada interaksi antara dua pihak atau lebih. Jika seseorang itu dapat berperanan sebagai ketua dalam interaksi dengan topik-topik yang menarik, ini menunjukkan ia seorang yang kuat keyakinan diri, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan secara tidak langsung ia menjadi dominan dalam komunikasi tersebut.

Sumber

2 Responses

  1. Reblogged this on Brain Damage.

  2. Saya ada mempunyai masalah percakapan yang agak serius dan amat sukar bagi saya untuk bercakap. Saya ada mencuba untuk menarik nafas dan cuba untuk tenangkan diri tetapi saya lansung tidak dapat nak mengawal gagap yang ada dan kawan saya lansung tidak faham apa yang hendak saya sampaikan. Sebelum ini percakapan saya dapat bercakap lancar tetapi entah kenapa masalah saya semakin terok sejak bulan december 2014 yang lepas. Saya berharap tuan boleh menolong masalah saya yang semakin serious ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: