Mengenal penyakit Peyronies

Apakah Penyakit Peyronies?

Penyakit Peyronies atau zakar bengkok adalah keadaan yang menyakitkan di mana zakar membengkok, dari 10 hingga 90 darjah. Kebengkokan ini terjadi semasa zakar tegang, tetapi ia masih boleh dilihat walaupun semasa zakar lembik.

Selama ini orang beranggapan bahawa penyakit ini jarang berlaku tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa penyakit ini dialami oleh 8.9% daripada jumlah lelaki yang dibuat kajian. Kajian ini juga membuat kesimpulan bahawa tiada kaitan yang nyata antara zakar bengkok dengan mati pucuk. Ini bermakna zakar bengkok masih boleh berfungsi seperti biasa.

peyronies1

Kebengkokan pada zakar adalah disebabkan oleh pembengkakan dan pengumpulan tisu parut tak normal atau dikenali sebagai plak atau tisu fibrotik di dalam kawasan tunica albuginea zakar, iaitu membran tebal yang membaluti tisu yang menegangkan zakar. Plak ini boleh dirasai seperti bengkak di sebelah atas atau bawah batang zakar. Jika plak ini terdapat di bahagian atas batang zakar, ia akan menyebabkan zakar membengkok ke arah atas, iaitu keadaan yang kerap terjadi. Jika plak berkumpul di bahagian bawah batang zakar, ia akan menyebabkan zakar membengkok ke arah bawah. Dalam sesetengah kes pula, plak berkumpul di kedua-dua belah atas dan bawah batang zakar yang mana akan menyebabkan zakar memendek. Namun begitu, tisu bengkok ini bukanlah sel kanser dan ia tidak berkait dengan pengumpulan plak dalam arteri yang boleh menyebabkan strok atau serangan sakit jantung.

Penyakit peyronies ini boleh mengurangkan diameter dan panjang zakar.

Lelaki yang mendapat penyakit ini tidak kira umur, tetapi kebiasaannya terjadi di kalangan lelaki berumur antara 40 hingga 70 tahun. Bagi lelaki yang dilahirkan dengan zakar sedia bengkok, ini tidak dikatakan penyakit peyronies tetapi lebih kepada kecacatan zakar bengkok iaitu sejenis kecacatan alat kelamin.

Di antara faktor risiko terjadinya zakar bengkok ialah:

* Aktiviti seksual

* Menunggang basikal atau kuda

* Kecederaan semasa bersukan

* Pembedahan prostat

* Umur

* Merokok

* Diabetes

* Penyakit tisu penghubung (Dupuytren)

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: