Panduan penyahtoksikan badan

Kenapa badan perlukan penyahtoksikan (detoksifikasi)?

Penyahtoksikan ialah proses pembuangan toksin yang bahaya dari badan untuk kesihatan. Ia juga merupakan ubat alternatif yang diperlukan untuk proses penurunan berat badan.

Penyahtoksikan boleh dilakukan melalui diet, berpuasa, mengambil dan berpantang sesuatu jenis makanan tertentu (lemak, karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, jus, herba tertentu atau air), pembersihan kolon, dan sebagainya.

Cara mudah untuk menyaktoksik badan ialah dengan mengurangkan makan daging, makan banyak fiber, sayuran dan buah-buahan. Penyahtoksiakan hati (hepa) pula boleh dilakukan dengan makan herba tertentu dan minum teh hijau tanpa gula.

Penyahtoksikan badan juga boleh dilakukan melalui cara seperti berikut:

* Tarik nafas dalam bagi membolehkan karbon dioksida dihembus keluar dari paru-paru.

* Kurangkan stres dan berfikiran positif.

* Lebih kerap bersenam, termasuk yoga atau seumpamanya.

* Banyak minum air.

* Menikmati jus segar atau smoothie yang disediakan sendiri, serta makan buah-buahan segar yang banyak mengandungi fiber.

Apakah 10 jenis makanan yang boleh menyahtoksikkan badan?

Sebaik-baiknya lakukan penyaktoksikan badan ini secara berkala.

1. Buah-buahan

Buah-buahan mempunyai kandungan cecair yang tinggi yang boleh membantu badan membuang toksin (racun dalam badan). Buah-buahan juga mudah dihadam dan mempunyai banyak antioksida, nutrien, fiber dan vitamin-vitamin yang penting.

2. Makanan hijau

Makanan hijau seperti alga hijau biru, spirulina, kale, bayam, alfalfa, arugula, sayuran berdaun hijau yang lain, dan barli membantu meningkatkan klorofil dalam saluran penghadaman. Klorofil dapat membuang toksin sekitaran yang bahaya (termasuk toksin logam berat, racun rumpai, racun daripada produk pembersih dan racun makhluk perosak) serta membantu penyahtoksikan hati.

3. Lemon, oren dan limau

Buah-buahan jenis limau membantu badan mengeluarkan toksin dan berfungsi sebagai “jump-start” bagi saluran penghadaman dengan proses berenzim. Jus lemon juga membantu proses pembersihan atau penyaktoksikan hati.

Bagi meningkatkan penyahtoksikan badan, setiap pagi mulakan dengan minum segelas air lemon suam kerana ia banyak mengandungi vitamin C. Vitamin C merupakan satu daripada vitamin membantu penyahtoksikan yang terbaik kerana ia mampu mengubah toksin menjadi bahan yang boleh dihadam.

4. Bawang putih

Bawang putih merangsang hati menghasilkan enzim penyahtoksikan bagi membantu menapis sisa toksin dari sistem penghadaman. Menambah seulas bawang putih dalam makanan dapat membantu proses penyahtoksikan melalui diet.

5. Brokoli

Brokoli mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Ia juga merangsang pengeluaran enzim penyahtoksikan dalam saluran penghadaman.

6. Teh hijau

Teh hijau penuh dengan antioksidan, terutamanya antioksidan khas iaitu catechins yang mampu mengeluarkan toksin dari sistem badan dan meningkatkan fungsi hati.

7. Kacang hijau

Kacang hijau sangat mudah dihadam dan ia mampu menyerap sisa toksin dari dinding usus.

8. Sayuran segar

Sayuran segar atau dibuat jus yang terbaik termasuklah bawang merah, lobak merah, asparagus, brokoli, kobis, kale, brussel sprout, cauliflower, bawang putih, beet, kunyit, dan lain-lain.

9. Bijirin dan kekacang yang mudah hadam

Di antara bijirin dan kekacang yang mudah hadam termasuklah flaxseed, kuaci (biji labu), almond, walnut, bijan, biji chia dan biji bunga matahari.

*Perhatian: Semasa proses penyahtoksikan, jangan makan mentega kacang.

10. Minyak Omega-3

Minyak omega-3 juga membantu proses penyahtoksikan. Contoh terbaik ialah minyak ovacado, minyak zaitun atau flaxseed dalam makanan, yang mana ia dapat membantu melincirkan dinding usus sambil menyerap toksin daripada dinding usus untuk dikeluarkan dari badan.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: