Pemikiran positif rawat kemurungan (depresi)

Setiap orang ada masalah masing-masing, tetapi orang yang berfikiran positif atau pemikiran yang sihat akan menganggap sebarang masalah yang dihadapi sebagai cabaran dan menjadi pemacu kepada kejayaannya. Masalah bukanlah menjadi penghalang kepada sebarang tindakan untuk memperbaiki keadaan atau menyelesaikan masalah. Tanpa masalah pula, seseorang itu tidak akan menjadi matang dalam kehidupan.

Orang yang berfikiran positif tidak akan menghadapi masalah kemurungan (depresi), tetapi sekiranya seseorang itu telah menghadapi kemurungan disebabkan sesuatu peristiwa yang tidak dapat dikendalikannya, pemikiran yang positif boleh merawatnya atau mengurangkan kemurungan tersebut. Pemikiran positif dapat mengubah perasaan dan emosi seseorang itu dengan kaedah-kaedah tertentu, walaupun kadang-kadang ia akan mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada setakat mana seseorang itu dapat mengawal mindanya.

Kenapa fikiran positif penting bagi membantu menghadapi kemurungan?

Biasanya kemurungan berpunca daripada pemikiran negatif atas sebab-sebab tertentu yang dialami oleh seseorang. Dengan menggantikan pemikiran negatif dengan pemikiran positif akan membantu seseorang itu menghadapi kemurungan dan menghalang kemurungan berulang.

Jika seseorang itu terlalu memikirkan perkara-perkara negatif tentang dirinya atau sentiasa menyalahkan kelemahan diri jika tidak dapat mencapai sesuatu hajat, seseorang itu akan merasa lebih tertekan. Oleh itu, hentikan menyalah diri sendiri dan gantikan dengan memikirkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki.

Pemikiran positif juga boleh membantu seseorang itu menangani stres yang selalunya meninggikan tekanan darah dan menyebabkan bebanan kepada jantung, yang mana akhirnya boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung. Stres juga melemahkan sistem imun badan yang memudahkan seseorang itu diserang penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain.

Apakah langkah yang perlu diambil bagi membina pemikiran positif?

Kaunselor biasanya akan menggalakkan orang murung mengamalkan 3 langkah utama dalam Terapi Kelakuan-Kognitif (CBT) atau rawatan kelakuan melalui pemikiran bagi membantu menggantikan pemikiran negatif menjadi positif, iaitu:

1. Henti – Hentikan pemikiran negatif atau “Bercakap Sendiri”

Seseorang yang murung, biasanya berfikiran negatif, mesti menghentikan pemikiran negatif ini beserta penyebabnya sekali atau apa-apa pengalaman yang membawa kepada pemikiran negatif tersebut. Tanya atau bercakap dengan diri sendiri, apakah pemikiran negatif yang ada atau perkara-perkara negatif yang sentiasa bermain dalam fikiran? Pemikiran negatif yang berpanjangan akan menjadikan seseorang itu murung atau menjadikan kemurungan yang sedia ada bertambah teruk.

Apabila telah dikenalpasti pemikiran negatif yang ada, langkah pertama ialah menghentikan pemikiran negatif tersebut dan digantikan dengan pemikiran positif yang bertentangan dengannya.

2. Tanya

Fokus kepada pemikiran negatif yang telah dikenalpasti. Sebaik-baiknya tulis semua pemikiran negatif tersebut dan cari pemikiran positif untuk melawannya. Selain daripada itu, tulis juga semua pemikiran lain yang boleh mengganggu untuk fokus kepada pemikiran positif. Semua ini bermain dalam pemikiran atau minda.

3. Pilih

Pilih satu pemikiran yang baru yang bersifat positif bagi menggantikan pemikiran negatif tersebut.

Ketiga-tiga langkah di atas perlu dilakukan setiap hari. Ini mirip seperti memaksa pemikiran negatif ditukarkan kepada pemikiran positif.

Biasanya, perubahan dari pemikiran negatif kepada pemikiran positif ini akan mengambil masa yang panjang, tetapi jika diamalkan setiap hari, lama-kelamaan pemikiran positif ini akan datang secara semulajadi, tidak perlu lagi dipaksa-paksa. Walau apapun, semua perubahan ini bergantung kepada kekuatan minda masing-masing untuk berubah.

Selain merawat kemurungan, kaedah asas ini juga boleh diaplikasi kepada mereka yang menghadapi masalah psikologi lain seperti rasa kebimbangan, kerisauan atau rasa rendah diri. Matlamat akhirnya ialah menggantikan semua pemikiran negatif menjadi positif supaya hidup lebih bermakna, ceria dan bahagia.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: