Cara tangani ekzema di rumah

Ekzema merupakan penyakit kulit gatal yang boleh dikatakan tiada ubat yang betul-betul boleh menyembuhkannya. Namun begitu kegatalan oleh ekzema ini boleh dikurangkan dengan menggunakan krim dan beberapa kaedah semulajadi atau petua di rumah.

eczema1

Di antara kaedah atau petua yang boleh diamalkan di rumah bagi membantu mengurangkan ekzema ialah:

1. Jangan gunakan produk atau barangan yang mengandungi bahan sodium laurel sulphate (SLS) kerana bahan ini merosakkan kulit yang menjadikan ekzema bertambah teruk. Bahan ini terdapat dalam sesetengah krim ubat ekzema sendiri, dalam sabun cuci kain, syampu rambut dan sabun mandi.

2. Jangan guna pakaian ketat atau pakaian berbulu yang boleh menyebabkan gatal. Sebaik-baiknya guna pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang mudah menyerap peluh.

3. Guna ubat Benadryl yang boleh mengurangkan rasa gatal ekzema.

4. Bersihkan kawasan kulit yang ada ekzema dengan sabun hipoalergik. Setelah dilap kering, lembabkan kulit dengan losyen semulajadi seperti losyen cocoa butter, minyak kelapa, minyak zaitum atau aloe vera.

5. Makan suplemen omega 3, 6 atau 9 bagi menambah kandungan asid lemak baik dalam badan kerana kebanyakan pengidap ekzema mengalami kekurangan asid lemak.

eczema2

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: