Khasiat peria katak

Peria katak (bitter gourd atau bitter melon) adalah sayuran tropika yang pahit rasanya. Namun begitu, ia menjadi sayuran yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana khasiatnya yang banyak.

Bagi mendapatkan khasiat yang lebih lagi, sebaik-baiknya peria katak ini dibuat jus daripada buah yang masih hijau, sebelum ia masak ranum dan bertukar warna menjadi oren. Sebelum dikisar untuk dijadikan jus, basuh bersih-bersih peria katak ini dan buang bijinya. Bagi mengurangkan pahit, rendam hirisannya dalam air garam 1/2 jam sebelum dikisar untuk dibuat jus atau sebelum dimasak sebagai lauk.

peria

Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.

Khasiat Pemakanan Peria Katak

* Kandungan kalori yang rendah

* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.

* Kaya dengan zat besi.

* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.

Khasiat Kesihatan Peria Katak

* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.

* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.

* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,

* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.

* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

Sumber

15 Responses

  1. saya ada kencing manis, saya berharap sangat ape yg ditulis adalah benar.. saya sedang mengamalkan minum jus peria utk turunkn gula dalam darah. terima kasih

    • In sya Allah… dengan syarat jaga pemakanan setiap hari, kurangkan makanan yang manis dan minuman manis & berkarbonat (gas), serta melakukan aktiviti fizikal harian (berkebun, bersenam, berjalan, berbasikal, atau lain-lain).

  2. Saya mengamalkan minum jus peria katak setiap hari, baru-baru ini ada seorang teman meminta saya untuk menjarakkan mengambil jus ini kepada seminggu sekali shaja kerana di khuatiri mata kan menjadi kelabu, kepada sesiapa yang arif tolong jelaskan .
    Terma kasih

    • Betul ke mata akan jadi kelabu kalau kerap meminum jus peria ni? Sesiapa yg ada info tolong kongsi di sini…

  3. Memang kasiat peria katak utk rawat diabetes type 2 dan insulin resistant yg menjadi epidemik seluruh dunia.. Di Malaysia, saya terdengar berita bahawa 25-40% penduduk yg terkena diabetes atau insulin resistan atau pre-diabetes.. Peria katak mengandungi phyto-insulin yg dpt turunkan gula drh.. Tetapi sebahagian pesakit tak turun atau lambat kesannya.. Ini disebabkan HVO (minyak sayuran terhidrogen) atau majerin, shortening, non-diary creamer.. Bukan sebab gula.. Gula yg kite ambil boleh dimetabolismekan jika kita tak ambil HVO 100%. Majerin lah punca utama penyakit kencing manis zaman sekarang.. Tengoklah makanan harian kita, roti canai, teh tarik, milo, kopi 3 in 1, biskut, krim, roti. Malah ayam goreng segera, potato chips, makanan ringan, kerepek pisang, ubi, kopi pun byk yg dibubuh majerin.Sume ada HVO. Lepas makan roti canai & teh tarik atau kopi tongkat ali, gula dan tekanan drh akan naik mendadak.. Makan ubat hospital, herba, peria dsb pun tak berapa berkesan.. Cu ba elak sume jenis HVO dlm makanan utk sebulan je.. Gula insyaallah akan turun dgn cepat, dan kita akan rasa ringan, bertenaga, rajin, hilang migrain, pening, debaran jantung, emosi tak terkawal.. Pernafasan pun lebih puas, debaran jantung tak dirasai.. Walaupun makan gula secara berpatutan..

    Saya dah uji perkara ni kpd byk pesakit diabetes.. Alhamdulillah respon memang memberangsangkan terutama bila disertai bersama amlan memakan peria, halba, jintan hitam atau herba lain..

    Lamak tepu asli butter susu asli nachor / SCS, minyak sapi asli spt QBB, Calf & Cow, susu segar, santan kelapa tak menaikkan gula drh sbb dia dibakar dan dimetabolisma sepenuhnya. Malah dia bermanfaat pd tubuh utk membina sel2 baru. Lemak tepu asli dan kolesterol digunakan utk membina sel2 tubuh yg sihat dan kuat. Jika makanan kita dipenuhi dgn HVO, maka membran sel sel kita dibina dgn molekul trans semisintetik / HVO yg mengubah sifat sel menjadi rigig dan hilang kekutubannya. Jadi sel2 menjadi kurang berfungsi kpd tubuh, tak sihat, sel drth merah melekat antara satu sama lain yg mendatangkan bermacam-macam penyakit pula spt drh tinggi, strok, kanser, migrain, alahan, dsbb

    Sebenarnya ape yg terjadi adalah , sel2 kite diselaputi oleh molekul HVO, trans fat semi sintetik, krimer. Jd insulin tak boleh berkonjugat dgn reseptor sel sel. Insulin ada pun, gula tak boleh masuk sel. Semakin hari semakin byk reseptor diselaputi HVO, maka dos ubat hospital, insulin dan herba perlu ditingkatkan.. Inilah punca diabetes.. Cume zaman sekarang hampir mustahil nak elak drp HVO. Ia hampir ada dlm sume jenis makanan yg diproses dikilang.. Cara atasinya adalah baca label, sediakan makanan sendiri, atau makan nasi dgn lauk yg dimasak di gerai2 atau restoran makanan.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-4369630, Fb : Nizam Herbalist, emel: nizambidara@gmail.com, blog: ‘http://herbadanpemakanan.blogspot.com/’..
    Sekian….Wallaahu a’lam.

    • Terima kasih atas penerangan yang berguna. Semoga kita semua dapat mengurangkan pengambilan minyak dalam makanan.

  4. salam..sy nak tanya sikit.jika makan buah peria ni buat ulam dan makan setiap hari..adakah ada kesan yg mudarat?sy hanya nak tahu.

  5. Apa yang dikatakan mata kelabu ialah simptom simptom hypo glucose… Maknanya kurang gula dalam badan. Itu disebabkan tindakan penukaran glukos kepada glikogen hingga tiada gula untuk diproses lagi. Mata kelabu bermakna kita nak pengsan. Tindakan yang harus diambil ialah minum sedikit gula untuk imbangkan semula kandungan gula dalam badan.

  6. […] Khasiat peria katak […]

  7. nak tanye..kalau kita mkn ubat kncing manis/ubat hspital, xde ape2 kesan ke klw kite minum jus peria ni plak???ubat tu jadi tawar ke mcm mne?

    • Nadia, saya rasa boleh minum peria katak sebagai makanan tambahan, jangan diminum setiap hari, takut ada kesan sampingan yang lain pula…. apa-apa yang kita ambil pun biarlah sederhana.

  8. Suami sy mkn peria katak buat ulam. Bacaan gula dlm darahnya menurun dari lebih10 ke kurang 5. Power Penlihatan pun makin kurang. Alhamdulillah dgn anugerah ciptaan Allah

  9. kalau amik pil peria katak setiap hari tu boleh ke..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: