Kod E110 dalam makanan

Kod E110 yang tertulis pada label makanan sebenarnya adalah sejenis “coal tar” sintetik dan pewarna kuning azo tiruan (sunset yellow) yang dgunakan dalam makanan ditapai yang perlu dipanaskan. Pewarna kuning tiruan ini mudah larut dalam air.

Bahan yang berkod E110 ini bukanlah berasal dari minyak babi seperti yang diwar-warkan oleh beberapa pihak melainkan bahan pelarut yang digunakan mengandungi elemen babi, tetapi yang jelas ia adalah pewarna tiruan yang bahaya dalam makanan, terutamanya kepada kanak-kanak. Oleh itu, beberapa negara seperti Norway dan Finland telah mengharamkan penggunaannya dalam makanan di negara masing-masing.

Bahan pewarna kuning tiruan ini banyak terdapat dalam makanan seperti orange squash, orange jelly, marzipan, swiss roll, jem aprikot, gula-gula lemon, campuran coklat, paket perasa sop, bread crumbs, sos keju, minuman, ais krim yang berwarna kuning, kuih-muih, ikan dalam tin dan ubat-ubatan.

Penggunaan bahan berkod E110 ini boleh memberi kesan sampingan ke atas kesihatan, seperti selesema, hidung tersumbat, alergi, hiperaktif kepada kanak-kanak, menambahkan kesan yang teruk kepada pengidap asthma, ketumbuhan di ginjal (buah pinggang), merosakkan kromosom, sakit perut, mual dan muntah, perut memual, risiko terbentuknya tumor, dan lain-lain.

Oleh itu, hindari daripada membeli makanan yang mengandungi bahan berkod E110 ini. Baca label sebelum membeli makanan, terutamamnya makanan diproses.

additive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: