Petua untuk gembira

Semua orang inginkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup, kalau boleh tak mahu langsung mengalami atau menghadapi detik2 hitam dalam kehidupan. Kita perlu ingat bahawa kita dicipta di dunia ini untuk diuji, jika lulus maka jadilah kita manusia yang berbahagia di akhirat dengan balasan syurga, dan begitu juga sebaliknya.

Semasa menghadapi ujian di dunia ini, ramai juga yang tewas sehingga merasakan hidup tidak bererti, sentiasa dalam duka lara sehingga stres dan akhirnya menjadi murung. Sebenarnya, sejauh mana kita boleh menghadapi ujian dalam kehidupan seharin bergantung kepada kekuatan mental, emosi dan spiritual seseorang. Jika ketiga-tiga ini kuat, perit getir hidup akan mudah ditangani.

happy

Dikongsikan di sini beberapa petua atau cara untuk gembira, dan pilihlah yang mana sesuai dengan anda, kerana tidak semuanya sesuai untuk semua orang. Di antara petua atau cara yang boleh diamalkan ialah:

1. Terima seadanya apa-apa perkara yang anda tidak boleh ubah. Namun begitu, jika anda mampu atau mahu mengubahnya, maka lakukanlah.

2. Hindari orang-orang yang membuatkan anda tidak gembira atau yang selalu menyakitkan hati anda. Cuba maafkan semua orang walaupun mereka pernah menyakiti atau mengecilkan hati anda. Apabila telah dimaafkan, ia tidak terbuku lagi dalam hati anda.

3. Bagi sesetengah orang, menyanyi kuat-kuat dapat menggembirakannya kerana dengan nayanyian ia dapat meluahkan perasaan yang terpendam, sama ada melalui melodi atau lirik lagu tersebut.

4. Berlari atau berjogging mampu menjadikan seseorang itu gembira, lebih-lebih lagi jika ada rakan yang sama-sama melakukan aktiviti tersebut. Perasaan tidak gembira boleh dilepaskan dengan berlari jauh sehingga penat, di samping bersosial dengan rakan-rakan.

5. Bercakap dengan seseorang yang anda sayangi atau rakan karib dapat melegakan perasaan tidak gembira anda, walaupun anda tidak menceritakan masalah anda, cukup sekadar mendengar suara mereka anda sudah gembira.

6. Senyum dengan orang yang anda tidak kenali dan senyuman anda dibalas juga mendatangkan rasa gembira di hati.

7. Bagi sesetengah orang, menonton filem atau drama yang mereka gemari akan mendatangkan kegembiraan kepada mereka.

8. Tulis semua perkara yang anda tidak sukai mengenai diri anda sendiri, kemudian kumpul dan bakar catatan tersebut dengan niat memusnahkan semua perkara negatif itu sehingga menjadi abu, dengan harapan yang tinggal hanya perkara-perkara positif mengenai anda. Dengan ini anda akan berasa gembira kerana secara psikologinya anda berasa telah menjadi orang yang lebih baik.

9. Bagi orang Islam, membaca, memahami dan menghayati Al-Quran akan memberi kegembiraan yang tidak ternilai harganya. Ini kerana Al-Quran adalah penawar segala penyakit.

10. Rasa gembira adalah di hati. Oleh itu, bersihkan hati kita sehingga tiada titik-titik hitam yang menyebabkan kita tidak gembira dan sentiasa dalam keluh kesah. Bacalah buku-buku dan bergurulah dengan orang-orang yang lebih tahu dan boleh membantu kita membersihkan hati (jihad melawan hawa nafsu) untuk menjadi insan kamil dan hidup lebih bererti. Hati yang bersih dan tulus ikhlas tanpa menyimpan rasa dendam kesumat, dengki, irihati dan sifat-sifat mazmumah lain sahaja yang dapat menikmati kegembiraan dan kebahagiaan hakiki.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: