Makanan terbaik turunkan tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi sudah tidak asing lagi dalam masyarakat modern sekarang ini. Oleh itu, sebelum mendapat penyakit ini, eloklah kita semua berjaga-jaga dengan mengamalkan cara hidup sihat, melalui senaman/aktiviti fizikal dan pengambilan makanan sihat dan seimbang.

10 makanan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, termasuklah:

1. Whole grain (Bijirin penuh)

Whole grain ialah bijirin yang tidak dibuang dedaknya (bahagian bran dan germa bijirin). Whole grain mengandungi fiber yang tinggi selain nutrien lain. Whole grain juga berperanan menurunkan tekanan darah tinggi disebabkan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah, di samping terasa kenyang dalam tempoh yg agak lama. Contoh whole grain ialah oatmeal atau roti whole grain.

2. Produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu mempunyai kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi. Gabungan kedua-dua bahan ini mampu menurunkan tekanan darah. Kekurangan kalsium boleh meninggikan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Contohnya ialah susu rendah lemak, yugort tanpa lemak, dan lain-lain.

3. Sayur bayam

Sayur bayam mengandungi magnesium dan folate yang tinggi, di samping kalori yang rendah. Oleh itu, sayur bayam mampu membantu menurunkan tekanan darah.

4. Kekacang dan biji-bijian

Biji-bijian tanpa garam (contoh: biji bunga matahari tanpa garam) mempunyai kandungan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah. Kekacang pula (seperti kacang soya) mengandungi potassium dan fiber yang tinggi dan juga mampu merawat tekanan darah tinggi secara semulajadi.

5. Pisang

Pisang adalah sumber potassium yang baik dan mampu menurunkan tekanan darah. Jika kurang potassium, kandungan sodium (garam) akan menambah dalam badan, dan ini akan menaikkan tekanan darah, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, makan pisang adalah cara yang mudah bagi menseimbangkan kandungan potasium dan sodium (garam) dalam badan.

6. Ubi kentang bakar

Ubi kentang yang dibakar adalah ubi kentang tanpa lemak dan tanpa kolesterol, malahan ia menjadi sumber magnesium dan fiber yang baik. Makan ubi kentang bakar mampu menurunkan tekanan darah kerana kandungan potassiumnya yang tinggi dan sodium (garam) yang rendah.

7. Coklat hitam

Coklat hitam mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, di samping nutrien penting yang lain. Antioksidan dalam coklat hitam ini boleh membantu menyingkirkan radikal bebas dalam badan, dan seterusnya memperbaiki kesihatan jantung keseluruhannya. Sebaik-baiknya, makan coklat hitam sedikit setiap hari, jangan ambil terlalu banyak kerana kandungan kalorinya yang tinggi.

8. Ikan salmon

Ikan salmon mengandungi protein rendah lemak dengan kandungan omega-3 yang tinggi, yang mana kedua-duanya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Bagi memperolehi khasiat ini, ikan salmon hendaklah dimasak dengan cara yang sihat, seperti panggang, bakar atau salai (jangan sekali-kali digoreng). Jika perlu, tambah hanya sedikit garam, minyak zaitun dan lada hitam sebelum dimasak.

9. Teh hijau

Minum teh hijau dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini kerana teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi bagi melawan radikal bebas yang boleh meninggikan tekanan darah. Digalakkan minum air teh hijau secawan pagi (bagi menggantikan kopi pagi) dan secawan lagi selepas makan malam.

10. Avocado

Seperti ubi kentang, avocado juga dikenali sebagai makanan banyak lemak, tetapi ia mengandungi lemak monotepu yang tinggi kandungan antioksidan dan vitamin B6, magnesium dan asid folik. Kandungan potassium dalam avocado juga melebihi potassium dalam pisang.

Sumber

4 Responses

  1. Kalau kita boleh amalkan makanan ini berserta gaya hidup yang sihat In Sha Allah kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi.Thanks info yang sangat berguna.

  2. Info yang bermanfaat..untuk mengetahui cara rawatan terbaik mengurangkan tekanan darah tinggi boleh lawat di sini..
    http://www.noramizaahmad.blogspot.com

    Terima kasih.

  3. Assalamualaikum, maaf ganggu. Nak tanya
    Ubat tekanan darah tinggi memang kna mkan seumur hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: