6 Langkah mudah untuk belajar

Bagi pelajar, tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau universiti, mentelaah pelajaran tidak dapat dielakkan, kerana di akhirnya anda perlu mengambil ujian dan peperiksaan. Mungkin lain orang, lain cara mereka belajar mengikut kesesuaian masing-masing, walaupun cara yang diamalkan itu tidak semestinya yang terbaik. Apa yang penting, pada akhirnya anda faham dan ingat apa yang ditelaah atau diulangkaji. Konsep sesuatu teori perlulah difahami yang betul.

Secara amnya, terdapat 6 langkah mudah yang dianggap sebagai asas dalam sesuatu proses pembelajaran yang ingin dikongsikan di sini.

1. Ruang

Untuk belajar dengan selesa dan mudah mengingati apa yang dipelajari, anda memerlukan ruang belajar yang sesuai dan kondusif (merangsang) secara fizikal dan mental. Apabila ruang belajar selesa, otak pun mudah menerima pelajaran dan proses pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

2. Tempat

Wujudkan satu zon tempat belajar atau kerja untuk diri sendiri sahaja, sama ada anda pilih satu sudut di dalam bilik atau lain-lain tempat yang dirasakan selesa dan tiada gangguan semasa mentelaah pelajaran. Jangan sekali-kali belajar sambil duduk atau berbaring di atas katil kerana akhirnya anda akan terlelap.

3. Kadar kecepatan

Manusia tak sama dari segi kadar kecepatan memahami atau mempelajari sesuatu perkara itu. Jadi, ikutlah kadar kecepatan masing-masing. Sesetengahnya suka buat kerja cepat-cepat sehingga selesai, lepas itu rehat. Sesetengah yang lain pula suka buat kerja secara maraton (perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama) untuk menyiapkan sesuatu kerja atau memahami sesuatu perkara. Sebenarnya, tidak ada cara yang salah atau betul, asalkan ia bersesuaian dengan diri anda. Anda juga boleh mengubahsuai kadar kecepatan belajar ini mengikut keperluan masing-masing.

4. Memori (Daya ingatan)

Anda sendiri perlu menilai tahap kekuatan memori atau daya ingatan anda. Sesetengah orang ingat semua apa yang didengar atau dibacanya, tetapi bagi sesetengah yang lain pula cuma ingat yang pangkal dan hujung saja tetapi lupa yang di tengah-tengahnya. Oleh itu, sesuaikan tahap daya ingatan anda dengan cara pembelajaran anda. Daya ingatan sebenarnya boleh diasah dengan selalu mengingati atau membayangkannya di dalam minda dan dipraktiskan selalu sehingga daya ingatan anda menjadi kuat dan cergas. Daya ingatan juga boleh dikuatkan dengan permainan yang menggunakan ingatan seperti soduko, silang kata dan sebagainya, ataupun menghafal surah-surah pendek dalam Al-Quran.

5. Kaedah belajar

Kaedah belajar juga penting bagi melancarkan proses pembelajaran anda seperti membuat perancangan belajar yang betul dan sesuai. Contohnya, satu tajuk besar di bahagi-bahagikan kepada beberapa topik tertentu supaya mudah dipelajari. Cuba cari satu atau dua kata kunci yang mudah mengingatkan anda atau mudah dikaitkan dengan sesuatu topik tersebut. Cara ini adalah berkesan untuk mengingat sesuatu topik atau fakta yang banyak dan hampir sama.

6. Peta minda

Peta minda ialah diagram (rajah) beserta perkataan ringkas yang merangkumi sesuatu idea atau topik. Peta minda ini membolehkan anda membayangkan informasi yang dilakarkan dalam bentuk rajah dengan fakta ringkas. Anda boleh mencipta peta minda sendiri untuk sesuatu topik, tidak perlu menggunakan peta minda orang lain walaupun bagi topik yang sama. Gunakan perkataan asas yang ringkas di tengah-tengah sebagai pangkalnya, kemudian dari situ buat lakaran cabang-cabang bagi setiap kategori yang berkaitan. Dari cabang-cabang ini pula boleh dibuat cabang-cabang yang lebih kecil (ranting-ranting) sehingga keseluruhan idea atau fakta bagi sesuatu topik itu dapat dirangkumkan dalam satu diagram.

Peta minda ini dapat memudahkan anda mengingati informasi atau fakta dengan lebih berkesan dan tepat berbanding dengan cara lama iaitu cara penyenaraian fakta.

Sumber

Study-Technique

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: