Khasiat wheatgrass

Kajian terkini menunjukkan jus wheatgrass, iaitu sejenis rumput Triticum aestivum, mampu mengembalikan kesihatan ginjal dan darah. Ini kerana wheatgrass mengandungi 70% klorofil selain daripada 17 asid amino asas yang membina protein, 90 minerals (termasuklah zat besi, kalsium, magnesium), 13 vitamin (termasuk vitamin A, B-complex, C, E, K) dan 80 enzim aktif.

Klorofil membantu menguat, membina dan mengoksidakan darah yang hampir menyerupai hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Apabila dimakan klorofil ini akan berada dalam darah yang kemudiannya mengangkut nutrien dan oksigen ke sel, tisu dan organ untuk memperbaharui, melindungi dan menguatkannya.

Jika tidak dapat dalam bentuk jus, suplemen wheatgrass pun banyak terdapat dalam pasaran bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khasiatnya.

Glass of wheatgrass on white

Di antara kelebihan dan khasiat wheatgrass ialah:

1. Kaya dengan klorofil – mampu menambah bilangan sel darah merah

Dr. Bernard Jenson, seorang pakar pemakanan, mendapati bahawa wheatgrass dan jus sayuran hijau lain yang kaya dengan klorofil merupakan pembina darah yang terbaik iaitu dengan menambah bilangan sel darah merah.

2. Penyiahtoksik semulajadi terbaik

Wheatgrass merupakan penyiahtoksik semulajadi yang paling baik, di samping melindungi hati dan membersihkan darah dengan meneutralkan bahan toksik, seperti kadmium, nikotin, strontium, merkuri dan polyvinyl chloride.

3. Kaya dengan oksigen dan melawan sel kanser

Wheatgrass juga kaya dengan oksigen yang mana boleh meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Darah yang banyak oksigen berupaya menentang atau melawan sel kanser kerana sel kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran beralkali iaitu persekitaran yang kaya dengan oksigen.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: