Statin berdos tinggi berisiko rosakkan ginjal

Apa itu Statin?

Statin ialah kelas ubat (termasuk rosuvastatin, atorvastatin dan simvastatin) yang biasa digunakan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana statin mampu menghalang tindak-balas kimia di dalam hati (hepa) yang diperlukan untuk menghasilkan kolesterol semula jadi.

Walaupun kolesterol diperlukan oleh badan untuk membolehkan sel befungsi dengan normal, tetapi paras kolesterol yang terlalu tinggi akan menyebabkan atherosclerosis, iaitu keadaan di mana plak mengandungi kolesterol berkumpul di dalam arteri dan menghalang aliran darah. Oleh itu, dengan mengurangkan paras kolesterol darah, statin juga dapat mengurangkan risiko angina (sakit dada), serangan sakit jantung dan strok.

Bagaimanakah statin berfungsi?

Statin menghalang enzim HMG-CoA reductase yang mengawal pengeluaran kolesterol di dalam hati. Sebenarnya, statin bertindak menggantikan enzim HMG-CoA reductase yang sedia ada di dalam hati, dengan cara ini ia dapat memperlahankan proses pengeluaran kolesterol. Dengan pertambahan enzim ini, sel hati dapat mengesan yang pengeluaran kolesterol berkurangan dan bertindak balas dengan membentuk protein yang menyebabkan pertambahan pengeluaran reseptor LDL (low density lipoprotein) atau kolesterol tidak baik. Reseptor ini akan mengubah kedudukan membran sel hati dan mengikat LDL yang melaluinya. Kemudian LDL ini akan memasuki sel hati dan dihadamkan.

Apakah risiko pengambilan ubat statin?

Walaupun banyak kebaikan, tetapi pengambilan statin dalam dos yang tinggi akan meningkatkan risiko kerosakan ginjal (buah pinggang), di mana 34% daripada pesakit berisiko mendapat kecederaan ginjal akut (AKI) iaitu kehilangan fungsi ginjal dengan kadar yang cepat.

Oleh itu, jika anda terpaksa mengambil ubat statin bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah, ambillah dalam dos yang rendah dan perlu banyak minum air kosong untuk membuang toksin dari badan.

statin-medications

Rujukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: