Cranberry ubat alternatif kanser prostat

Selain daripada melawan infeksi kuman (selalunya bakteria) di salur kencing, cranberry (Vaccinium macrocarpon) juga membantu menjaga kesihatan kelenjar prostat dan melawan kanser prostat.

Apakah kandungan buah cranberry?

Buah cranberry merupakan sumber terbaik bagi vitamin C dan antioksidan lain terutamanya kumpulan proanthocyanidins (PACs). Jenis proanthocyanidins (PACs) yang unik iaitu PACs Jenis-B terdapat dalam cranberry. PACs Jenis-B ini mampu membantu mencegah/menghalang bakteria melekat pada dinding salur kencing.

Apa itu Prostatitis?

Prostatitis ialah keradangan tisu dalam kelenjar prostat oleh pelbagai sebab, termasuklah infeksi bakteria.

Terdapat beberapa jenis prostatitis, iaitu:

1. Prostatitis akut

Prostatitis akut ini terjadi apabila terdapat infeksi bakteria ke atas kelenjar prostat yang memerlukan rawatan perubatan yang segera.

2. Prostatitis bakteria kronik

Keadaan ini agak jarang berlaku kerana ia selalunya terjadi berselang sekejap dengan infeksi salur kencing.

3. Prostatatis kronik (CP)/Sindrom sakit pelvis kronik (CPPS)

Ia juga dikenali sebagi prostatitis bukan bakteria kronik yang kerap berlaku, iaitu sebanyak 90-95% daripada prostatits yang didiagnos. Ciri penyakit ini ialah simptom salur kencing di bahagian bawah, seperti tidak tahan kencing, selalu terjaga malam untuk bangun kencing, atau terasa sakit masa kencing.

4. Prostatitis keradangan asimptomatik

Keadaan di mana terdapat leukosit (darah putih) dalam air kencing walaupun tiada sejarah pesakit pernah mengalami sakit salur kencing/salur genital.

Apakah khasiat cranberry?

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengetahui kelebihan cranberry dari segi kesihatan, di antaranya:

1. Cranberry didapati berupaya membantu mengurangkan simptom salur kencing (LUTs) yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki, yang disebabkan oleh prostatitis bukan bakteria kronik atau juga dikenali sebagai prostatitis kronik (CP) /sindrom sakit pelvis kronik (CPPS).

2. Cranberry juga mampu mengurangkan simptom prostatitis di mana terdapat pengurangan pertumbuhan bakteria dan pengurangan radangan prostat yang ketara.

3. Ekstrak cranberry dapat mencegah pertumbuhan sel kanser prostat pada manusia.

4. Cranberry juga mampu mengurangkan risiko mendapat infeksi salur kencing dan simptom salur kencing (LUTs) semasa pesakit kanser prostat menjalani radiasi terapi.

Oleh itu, jika tidak dapat makan cranberry segar, pengambilan suplemen cranberry sebanyak 500 mg sehari adalah dicadangkan kepada orang lelaki bagi menjaga kesihatan salur kencing dan kelenjar prostat. Walau bagaimanapun, sebelum mengamalkan pengambilan suplemen cranberry dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

cranberry

Sumber

%d bloggers like this: