Khasiat dan Kelebihan Budu

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis, dengan cara ikan bilis diperam (proses fermentasi) sehingga hancur. Budu sangat terkenal di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand, dan sekarang semakin digemari dan popular di kawasan Lembah Kelang.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampur dengan bahan makanan lain seperti lada, perahan air limau nipis, lemon atau limau kasturi, hirisan bawang, mangga, dan lain-lain.

budu

Siapa kata budu tidak berkhasiat?

Walaupun budu berbau kuat dan kurang digemari ramai tetapi ia sangat berkhasiat dari segi kesihatan. Sejak kebelakangan ini budu mendapat perhatian pakar pemakanan antarabangsa sebagai bahan kajian yang berguna. Kajian tentang khasiat dan kelebihan budu dijalankan di beberapa negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman, selain daripada kajian di dalam negara sendiri.

Khasiat budu

Hasil penemuan penyelidikan terkini menunjukkan bahawa budu mempunyai banyak khasiat dan kelebihan, di antaranya:

1. Budu mengandungi gluthaione (bahan antioksida) yang boleh melawan radikal bebas.

Kenapa radikal bebas bahaya?

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron tak berpasang. Oleh itu, ia sangat aktif menyebabkan pembentukan tumor, kanser, proses penuaan dan pelbagai penyakit lain. Jadi, antioksidan yang terdapat dalam budu mampu mencegah pembentukan radikal bebas ini.

2. Mampu menyingkirkan sisa toksik dalam badan

3. Meningkatkan daya imun (ketahanan) badan yang berperanan mencegah pelbagai penyakit bahaya, termasuk kanser

Kajian di University of North Carolina, Amerika Syarikat menunjukkan elemen genestein dan fitoestrogen yang terdapat dalam budu juga terbukti mampu mencegah pelbagai jenis kanser, termasuk kanser payudara, serta proses penuaan.

4. Awet muda

Budu mampu melambatkan proses penuaan kerana ia kaya dengan bahan antioksidan dan menjadikannya tergolong dalam makanan untuk awet muda.

5. Mampu mencegah pelbagai penyakit yang berkait dengan proses penuaan, seperti aterosklerosis, penyakit koronari jantung, diabetes, dan lain-lain.

6. Mengandungi bahan anti-bakteria, termasuk melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Budu juga mampu merencatkan pertumbuhan bakteria yang merupakan penyebab utama kepada masalah dalam perut, sama ada pada kanak-kanak atau orang dewasa.

7. Mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah

Budu mengandungi nutrien yang hipokolesterolemik semulajadi. Oleh itu, dengan pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari selama 2 minggu mampu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah yang menakjubkan.

8. Mencegah penyakit jantung

9. Mencegah hipertensi (penyakit darah tinggi)

Ini berkaitan dengan penurunan paras kolesterol dalam darah.

10. Berkhasiat untuk bayi yang menyusu

Walaupun ikan bilis, bahan utama dalam budu, bersaiz kecil, ia juga mengandungi asid lemak omega-3 dan protein yang berfaedah terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang menyusu daripada ibu yang makan budu. Ibu-ibu yang makan budu mempunyai susu yang kaya dengan omega-3 dan anak yang menyusu akan mendapat manfaatnya, iaitu menjadikan anak lebih cerdik, lebih baik penglihatannya, mempunyai daya imun yang kuat, dan mampu mencegah ekzema.

Secara tidak langsung, budu mampu meningkatkan kecerdasan otak (IQ) kanak-kanak kerana omega-3 ini merangsang sel otak dan menguatkan sambungan antara neuron-neuron yang lemah. Jadi, ajarlah anak-anak anda makan budu.

11. Budu juga mengandungi bahan yang mudah dihadam, diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan protein yang lain.

12. Budu kaya dengan kedua-dua kumpulan vitamin larut air (vitamin B-complex) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D,E, dan K)

Budu merupakan sumber utama bagi vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundis (semasa proses fermentasi) yang tidak terdapat pada sumber makanan laut, ikan atau daging yang lain. Vitamin B12 amat diperlukan oleh badan bagi pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin B12 ini akan menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah), sakit perut dan turun berat badan. Kandungan vitamin B12 dalam budu adalah sebanyak 1.5 hingga 6.3 mikrogram per 100 gram budu atau 2 sudu makan budu setiap kali makan. Jumlah ini sudah mencukupi bagi memenuhi keperluan harian vitamin B12. Dengan hanya makan budu setiap hari, seseorang itu dapat menghindari fenomena kekurangan vitamin B12.

Seperti vitamin C, vitamin E, karotenoid, dan isoflavones yang terdapat dalam budu juga merupakan antioksidan yang diperlukan oleh badan untuk memberhentikan tindak balas pembentukan radikal bebas.

13. Budu mempunyai kandungan mineral yang tinggi

Mineral dalam budu terutamanya zat besi, kalsium, magnesium, selenium, dan mineral-mineral lain sudah mencukupi bagi memenuhi keperluan mineral harian seseorang itu.

14. Budu sebagai sumber fiber (serat)

Budu juga merupakan sumber fiber sehingga mencapai 8-10% bagi setiap 100 gram budu. Fiber dalam budu pula lebih mudah dihadam berbanding dengan fiber daripada ikan dan sumber protein yang lain.

Secara ringkasnya, budu bolehlah dianggap sebagai multi-vitamin atau makanan yang mengandungi nutrien yang lengkap dan mampu menyediakan keperluan harian badan. Memandangkan betapa banyaknya khasiat budu, maka wajarlah kita mempromosikan makanan tradisi ini. Jangan sekali-kali kita memandang remeh kepada mereka yang suka makan budu.

Awas!!!

Budu mengandungi asid urik yang agak tinggi, ini menyebabkan budu tidak sesuai bagi pengidap penyakit gout, jerawat batu dan keguguran rambut kronik.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: