Today’s Quote

“Make rest a neccesity, not an objective. Only rest long enough to gather strength.” ~ Jim Rohn

Advertisements

Hadis ~ Baca Al-Quran dengan menangis

“Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.” (HR at-Tabrani)

Kelebihan campuran kunyit dan lada hitam

Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang, mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin, dan sebagainya. Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan. Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau laian-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000 – 2000 kali ganda. Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit.

Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.

kunyit lada hitam

Sumber

%d bloggers like this: