Today’s Quote

“Respect yourself and others will respect you.” ~ Conficius

Advertisements

Hadis ~ Kelebihan sujud semasa membaca Surah Sajdah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Peningkatan paras oksigen mampu membunuh sel kanser

Peningkatan paras oksigen di sel mampu membunuh sel-sel kanser

Berikut dikongsikan hasil kajian Pemenang Noble Prize pada tahun 1931, Dr. Otto H. Warburg, yang telah membuktikan bahawa kekurangan oksigen merupakan penyebab asas terjadinya sel kanser dalam badan.

Terdapat perkaitan rapat antara paras oksigen dan kanser di sel-sel badan, di mana kekurangan paras pengoksigenan di sel adalah penyebab kanser. Pada sel-sel baru, paras oksigen yang rendah merosakkan enzim pernafasan dan menyebabkan sel ini tidak mampu menggunakan oksigen untuk proses pernafasan sel, oleh itu ia diganti dengan proses fermentasi gula secara anaerobik bagi menghasilkan tenaga. Akhirnya sel ini bertukar menjadi sel kanser (sekiranya 60% daripada keperluan oksigen oleh sel tidak disediakan).

Bagaimanakah sel kanser terjadi?

Dr. Warburg telah membuktikan bahawa kanser adalah disebabkan oleh kekurangan pernafasan beroksigen di dalam sel. Kekurangan pengoksigenan dalam sel ini disebabkan oleh pengumpulan bahan karsinogen dan toksik lain di dalam dan di keliling sel yang menghalang pengoksigenan sel dan kemudiannya merosakkan mekanisme pernafasan oksigen di sel. Selain itu, gumpalan sel darah merah memperlahankan aliran darah serta menghadkan aliran darah ke dalam kapilari darah.

Enzim pernafasan dalam sel yang menghasilkan tenaga secara aerobik dengan menggunakan oksigen akan mati apabila paras oksigen di sel menjadi kurang. Apabila mati, sel ini tidak dapat lagi mengeluarkan tenaga secara aerobik. Oleh itu, untuk terus hidup, sel ini perlu menghasilkan tenaga tetapi tenaga tersebut diperolehi melalui fermentasi gula (iaitu fermentasi anaerobik/tanpa oksigen). Ini boleh menyebabkan sel tersebut bertukar menjadi sel kanser.

Tenaga sel daripada fermentasi gula ini membolehkan sel hidup tetapi tidak mampu untuk menjalankan fungsinya yang normal. Sebaliknya, sel-sel ini hanya mampu menggandakan bilangannya dan membesar, dan pada peringkat inilah ia dikenali sebagai kanser.

Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan sel kanser tertinggi mempunyai kadar fermentasi gula tertinggi juga, dan begitu juga sebaliknya. Kanser yang tumbuh akan menghasilkan asid laktik fermentasi, sebaliknya pernafasan beroksigen sel semakin berkurangan.

Di antara sebab sel mengalami kekurangan oksigen ialah:

* Terlalu banyak toksin sehingga menyumbat sel-sel.
* Dinding sel yang rosak/cacat tidak membenarkan nutrien masuk ke dalamnya.
* Kurang nutrien yang diperolehi bagi keperluan pernafasan sel.
* Peredaran darah yang kurang baik.
* Kurang oksigen yang diperolehi melalui pernafasan di paru-paru.

Sel kanser menghasilkan asid laktik yang berlebihan sebagai tenaga fermentasi. Asid laktik adalah toksik dan cenderung untuk menghalang pengangkutan oksigen ke sel-sel bersebelahan yang normal. Akhirnya, apabila sel ini menggandakan bilangannya, kanser akan merebak jika ia tidak dibinasakan oleh sistem imun badan.

Kemoterapi dan radiasi digunakan sebagai rawatan bagi melemahkan sel kanser dan seterusnya menjadi mati. Namun begitu, kemoterapi dan radiasi merosakkan enzim pernafasan dalam sel yang sihat dan menambah toksin ke dalamnya, dan kemungkinan juga akan menyebabkan terjadinya kanser lain pula. Ini akan menjadikan keadaan pesakit kanser semakin teruk, bukannya semakin baik atau kanser akan berbalik semula, melainkan jika paras oksigen dalam sel ditingkatkan dengan banyak bagi membunuh sel-sel kanser tersebut.

Bagaimanakah cara mendapatkan paras oksigen yang tinggi dalam sel?

1. Mengambil suplemen oksigen untuk menambah oksigen dalam sel.
2. Meningkatkan keberkesanan mitokondria supaya sel boleh menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga secara aerobik.
3. Menambah oksigen dalam sel dengan mengambilnya daripada sistem peredaran darah yang mengandungi nutrien dari makanan yang kaya dengan antioksidan, seperti sayuran hijau dan makanan kesihatan lain yang dihadamkan.

Oleh itu, pastikan sel-sel dalam badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi bagi mengelakkan sel-sel ini bertukar menjadi sel kanser.

Dr.-Otto-Heinrich-Warburg-1931-Nobel-Prize-Winner-The-Root-Cause-of-Cancer-Document-Transcript-5348

Sumber

%d bloggers like this: