Tips Gaya Hidup Sihat Cara Hinohara

Dr. Shigeaki Hinohara dari Jepun telah mencapai umur 101 tahun pada 4 Oktober 2012 yang lalu dan telah berkhidmat sebagai seorang doktor dan pengajar perubatan selama 97 tahun, dan beliau merupakan doktor yang berkhidmat paling lama di dunia. Beliau banyak memberi khidmat nasihat dan petua tentang gaya hidup sihat. Semua ini termuat dalam 150 buah yang ditulisnya sejak berumur 75 tahun, termasuk buku terkenal yang berjudul “Living Long, Living Good” yang telah berjaya dijual lebih daripada 1.2 juta salinan.

hinohara

Sebagai ringkasan, di antara 15 petua (tips) dan pemikiran Dr. Shigeaki Hinohara bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya panjang umur ialah:

1. Tenaga datang daripada rasa bahagia atau seronok (feeling good) bukannya daripada makanan yang baik atau tidur yang banyak. Bayangkan semasa zaman kanak-kanak, kita seronok main sehingga lupa makan dan minum. Keadaan seperti ini boleh juga digunakan bagi orang dewasa. Jangan bebankan diri kita dengan peraturan-peraturan yang ketat dan banyak, seperti masa tertentu bagi makan tengahari, masa bagi tidur, dan lain-lain sehingga tidak ada fleksibiliti.

2. Semua orang yang panjang umur, tidak kira bangsa, jantina, negara, dsb. selalunya berkongsi satu perkara iaitu TIDAK GEMUK dan mempunyai berat badan yang ideal.

Bagi menjaga berat badan, Dr. Hinohara mengamalkan cara pemakanan berikut:

Sarapan pagi
– Minum kopi, segelas susu dan sedikit jus oren dengan campuran satu sudu makan minyak zaitun. Minyak zaitun sangat baik untuk arteri dan kulit yang sihat.

Makan tengah hari
– Susu dan beberapa keping cookies, atau tidak makan langsung kalau dia terlalu sibuk dengan kerja. Dia tidak pernah rasa lapar kerana fokusnya hanya terhadap kerja yang dilakukan.

Makan malam
– Sayur-sayuran, sedikit ikan dan nasi, dan 2 kali seminggu dia akan makan lebih kurang 100 gram daging tanpa lemak.

3. Selalu buat perancangan awal bagi jadual kerja dan aktiviti harian untuk tempoh setahun, bagi memastikan jadual kerja yang sistematik, licin dan tidak ada aktiviti yang tertinggal.

4. Tidak perlu bersara awal dari kerja jika masih mampu lagi bekerja, jika hendak bersara, bersaralah selepas umur 65 tahun.

5. Kongsi apa yang anda tahu dengan orang lain, sama ada dengan mengajar, menulis, memberi kursus, dan sebagainya.

6. Apabila anda sakit dan doktor ada mengesyorkan supaya dibuat pembedahan, anda tanya doktor tersebut sama ada dia akan mengesyorkan yang serupa kepada isteri dan anak-anaknya. Doktor tidak mampu mengubati dan menyembuhkan setiap orang. Jadi, kenapa kita mesti melalui kesakitan pembedahan yang tidak perlu. Dr. Hinohara percaya bahawa terapi muzik dan terapi haiwan sangat membantu berbanding pembedahan yang tidak berapa perlu.

7. Untuk sentiasa sihat, selalulah menggunakan tangga dan bawa barang-barang sendiri. Langkah setiap dua mata tangga dapat membantu pergerakan otot yang sihat.

8. Inspirasi Dr. Hinohara ialah puisi Robert Browning “Abt Vogler“. Dia berkata: “It encourages us to make big art, not small scribbles. It says to try to draw a circle so huge that there is no way we can finish it while we are alive. All we see is an arch; the rest is beyond our vision but it is there in the distance.

9. Kesakitan adalah misteri dan rasa seronok adalah cara terbaik untuk melupakan kesakitan. Contohnya, kanak-kanak yang sakit gigi, apabila kita bermain “game” yang disukai bersamanya, ia akan cepat melupakan kesakitannya kerana leka dan seronok bermain. Serupa juga bagi orang dewasa, lakukan sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan supaya kesakitan yang ditanggung tidak terasa.

10. Jangan terlalu terpesona dengan sesuatu benda yang anda lihat kerana benda tersebut tidak boleh anda bawa ke tempat baru.

11. Hospital mestilah direkabentuk dan bersedia untuk menerima pesakit dan mangsa bencana alam yang tidak dijangka.

12. Sains sahaja tidak dapat mengubat, menyembuh atau membantu manusia. Sains hanya dapat menyatukan semua pakar perubatan untuk bekerjasama tetapi sakit ditanggung oleh individu. Setiap orang adalah unik dan penyakit adalah berkait rapat dengan hati nurani masing-masing. Bagi mengetahui sakit seseorang dan ingin membantunya, doktor bukan sahaja memberi ubat tetapi juga perlu gunakan seni merawat pesakit supaya pesakit rasa selesa dan selamat, dan ini dapat membantu memulihkan penyakit dengan cepat.

13. Kehidupan penuh dengan peristiwa yang kadang-kadang tidak dijangka atau disangka, jadi hadapilah dengan sebaik-baiknya.

14. Cari idola atau seseorang yang boleh dijadikan contoh atau ikutan, dan tetapkan matlamat dengan tempoh masa tertentu untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang telah dicapai oleh idola tersebut. Seboleh-bolehnya cuba capai kejayaan yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh idola anda.

15. Dr. Hinohara seronok hidup lama. Sehingga umur 60 tahun, beliau menumpukan kehidupannya terhadap keluarga dan kerjayanya dengan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Selepas umur 60 tahun, beliau mula menumpukan kehidupannya terhadap kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat sebagai sukarelawan. Pada umur yang lanjut, beliau masih seronok melakukan kerja-kerja amal 18 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini bermakna, seluruh sisa-sia hidupnya hanya untuk kerja-kerja amal.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: