Penemuan terkini: Makan sebiji epal sehari hindari kanser kolon

Kata-kata nasihat iaitu “an apple a day can keep the doctor away” (sebiji epal sehari boleh jauhi doktor) memang sudah terkenal di mana-mana. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan kata-kata ini secara saintifik. Penemuan penyelidikan menunjukkan epal adalah salah satu daripada ubat semulajadi bagi kanser, di mana makan epal mampu mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser, terutama sekali kanser kolon.

Epal kaya dengan nutrien, termasuk vitamin C, potassium, pectin, fiber dan gula semulajadi oligosaccharide. Oligosaccharide ialah sejenis karbohidrat yang mengandungi antara 3 hingga 6 unit gula ringkas dari segi struktur kimianya. Oligosaccharide yang diasingkan daripada beberapa bahagian epal (kulit, isi, biji dan batang) didapati mampu membunuh 17.6% sel kanser kolon manusia yang dinamakan HT29 dalam masa 36 jam walaupun pada kepekatan yang rendah (0.9 bahagian per juta – ppm). Kesannya lebih baik berbanding dengan ubat kemo biasa yang digunakan di hospital pada kepekatan yang lebih tinggi tetapi hanya mampu membunuh 10.9% sel kanser kolon manusia. Apatah lagi, oligosaccharide yang diberi pada kepekatan yang tinggi iaitu 9.0 ppm mampu membunuh 46% sel kanser kolon manusia.

epal2

Penemuan terkini menunjukkan oligosaccharide dalam epal bukan hanya boleh digunakan sebagai ubat kanser yang biasa dan mampu menghalang pembentukan sel kanser payudara, tetapi juga boleh merawat kanser kolon.

Di antara kelebihan ekstrak kulit epal ialah:

1. Mengurangkan dengan berkesan kebolehan pelbagai sel kanser untuk terus hidup.

2. Mengurangkan bilangan antigen yang akhirnya menyebabkan sel kanser tidak mampu membesar dan menggandakan bilangannya.

3. Meningkatkan paras sejenis protein yang dinamai maspin bagi membantu mencegah tumor membesar dan merebak.

Bagi mendapatkan khasiat epal yang maksimum, setiap hari disarankan makan 2 biji epal yang cukup masak tanpa membuang kulitnya. Pastikan anda makan epal yang ditanam secara organik, di mana ia terhindar daripada kesan toksik racun makhluk perosak atau racun rumpai. Toksik daripada racun-racun ini sebaliknya boleh menyebabkan risiko mendapat kanser pula. Epal yang diimport selalunya mengandungi kurang nutrien berbanding dengan epal yang lebih segar dan cukup masak dipetik dari pokok.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: