Adakah minum teh bahaya?

Tidak dapat dinafikan teh mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan, seperti membantu melawan kanser, penyakit jantung, dan diabetes, di samping membantu mengurangkan berat badan dan kandungan kolesterol dalam darah.

Dalam kehidupan moden sekarang, kebanyakan minuman teh kita menggunakan teh uncang, yang mana uncangnya diperbuat daripada kertas atau kain nipis. Uncang teh yang diperbuat daripada kertas ini berbahaya kerana kertas pembungkus (uncang) teh ini selalunya dirawat dengan bahan kimia epichlorohydrin. Epichlorohydrin ini merupakan bahan yang juga terdapat dalam racun makhluk perosak, yang mana ia memberi kesan kepada kesuburan orang lelaki, mengurangkan fungsi imun badan, dan berpotensi menjadi penyebab kanser, terutamanya bahan kimia ini mempunyai ciri larut air.

Sejak kebelakangan ini, uncang teh juga diperbuat daripada plastik atau nylon (polyethylene terephthalate atau PET) atau sebatian fiber yang lain. Bahan ini berpotensi menjadi toksik (beracun) kepada badan kerana bahan toksik ini boleh larut dalam air teh.

Oleh itu, jalan terbaik bagi mengelakkan semua kesan buruk daripada penggunaan teh uncang ialah menggunakan teh serbuk untuk membuat air teh.

teh uncang

Sumber

2 Responses

  1. Info yang baik. Thank you for sharing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: