Today’s Quote

“The only people who never fail are those who never try.” ~ Ilka Chase

Advertisements

Tahukah anda?

Kelebihan kulit kayu manis

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan kita mampu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan membantu membetulkan serta memulihkan fungsi sistem endokrina seperti pengeluaran hormon insulin, secara semulajadi.

Oleh itu, penggunaan kulit kayu manis dalam masakan amat digalakkan terutamanya bagi pengidap kencing diabetes yang kronik.

kayu manis

Today’s Quote

“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time.” ~ Abraham Lincoln

Hadis ~ Balasan tidak menunaikan zakat

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberi oleh Allah harta dan tidak menunaikan zakat, kelak pada hari kiamat dia akan dibayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan mempunyai dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata: “Aku hartamu, akulah pusaka simpananmu.” (HR Bukhari)

Today’s Quote

“Gratitude opens the door to the power, the wisdom, the creativity of the universe. You open the door through gratitude.” ~ Deepak Chopra

Hadis ~ Carilah rezeki cara halal

“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak satupun amal yang mendekatkan kalian ke surga melainkan telah aku perintahkan kalian kepadanya. Dan tidak satupun amal yang mendekatkan kalian ke neraka melainkan aku telah melarang kalian darinya. Sesungguhnya malaikat Jibril telah mewahyukan ke dalam hati sanubariku bahawa tidak ada seorangpun meninggalkan dunia ini melainkan setelah sempurna rezekinya. Bertaqwalah kamu kepada Allah, carilah rezeki dengan cara yang baik, jika ada yang merasa rezekinya terhambat maka janganlah ia mencari rezeki dengan cara maksiat, kerana kurnia Allah tidak dapat diraih dengan cara maksiat.” (HR Al-Hakim, dan dishohihkan oleh Al-Albani dalam silsilah ash-shohiihah (2866))

Tips kurangkan obes

Masalah obes selalunya berkaitan dengan pemakanan yang tidak teratur, tidak mengikut waktu yang sesuai dan pemilihan jenis makanan yang kurang sihat.

Jam masa dalaman badan yang juga dikenali sebagai sistem circadian bertanggung jawab menyebabkan kita rasa lapar dan teringin untuk makan makanan yang manis, berkanji dan masin di tengah malam. Jika diikutkan rasa ini, sudah pastilah berat badan kita akan naik dengan cepat. Oleh itu, makan malam yang terlalu banyak, terutamanya makanan yang mengandungi kalori yang tinggi akan menjadikan seseorang itu terlebih berat badan atau obes.

Mengikut kajian yang dijalankan di Research on Occupational and Environmental Toxicology at Oregon Health & Science University, badan memetabolismakan makanan berbeza-beza mengikut waktu yang berbeza-beza dalam sehari. Pada waktu malam, makanan bergula atau tinggi karbohidrat, snek, dsb. berkemungkinan besar disimpan sebagai lemak di kawasan keliling perut atau pinggang. Lampu yang sentiasa dipasang pada waktu malam menyebabkan orang kurang tidur daripada yang sepatutnya yang mana ini akan mengganggu pengeluaran hormon yang mengawal lemak dan rasa lapar iaitu hormon ghrelin dan leptin. Ini juga menyebabkan seseorang itu rasa lapar di tengah malam.

Oleh itu, jika kita hendak menurunkan berat badan, lebih baik ambil banyak makanan tinggi karbohidrat pada awal siang iaitu semasa metabolisme badan berada pada tempoh pembakaran lemak tertinggi, cuma makan snek berkalori rendah pada waktu tengah malam (sekiranya terlalu lapar), dan elakkan makan 4 jam sebelum tidur.

Mengurangkan makan pada waktu sarapan pagi kerana hendak makan lebih pada waktu malam hanya akan menambah berat dan lemak badan.

Mungkin habit cara makan yang betul ini sukar dilaksanakan pada awalnya, tetapi jika dijadikan amalan harian, ia akan menjadi semakin mudah, insya Allah.

Sumber: Healthy Answers Research Team

%d bloggers like this: